Sunday, November 16, 2025

Rais Yatim Cadang Akta Baharu Halang Bekas PM Kritik Pengganti

November 8, 2017
1 min read



PUTRAJAYA: Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais
Yatim mencadangkan supaya kerajaan menggubal Akta Perdana Menteri atau meminda
Akta Pencen Tunku Abdul Rahman 1971 yang pernah digunakan sebelum ini dengan
meletakkan semua perdana menteri negara di bawah akta berkenaan.


Beliau berkata pada pandangannya akta berkenaan mampu
memelihara institusi perdana menteri negara selain mengelak isu politik,
menentukan hak untuk bersuara dan perkara lain yang kurang berfaedah kepada
negara.

“Akta berkenaan dapat memberi penghormatan dan penilaian
yang setimpal kepada seseorang yang pernah memegang jawatan sebagai perdana
menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Akta berkenaan juga mungkin melibatkan pandangan mengenai seseorang
yang pernah memimpin untuk menjalani proses menjadi manusia biasa.

“Jangan kata mengata atau burukkan mana-mana pihak (selepas
tidak memegang jawatan). Mungkin akta berkenaan boleh libatkan timbalan perdana
menteri dan ketua setiausaha negara,” katanya ketika berucap merasmikan Hari
Terbuka Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini, lapor FMT.

Menurutnya, Akta Pencen Tunku Abdul Rahman tidak pernah
dihapuskan sehingga ke hari ini kerana ia hanya eksklusif untuk Tunku Abdul
Rahman yang meninggal dunia pada 1990.

Rais berkata beliau mengutarakan pandangan berhubung akta
tersebut sebagai seseorang yang berpengalaman berkhidmat di bawah 5 perdana
menteri iaitu daripada Tun Abdul Razak Hussein sehinggalah Datuk Seri Najib
Razak.

Beliau berkata pandangan itu akan dimajukan kepada Najib
selepas ini.

“Terserahlah kepada perdana menteri untuk menentukannya,”
katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti