PUTRAJAYA — Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan
yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Tun Dr Mahathir
Mohamad, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).
yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Tun Dr Mahathir
Mohamad, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).
JPM dalam kenyataan hari ini berkata pejabat Dr Mahathir
telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan
Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City,
Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).

Menurutnya perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir
adalah sebanyak 21 perjawatan.
adalah sebanyak 21 perjawatan.
“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak
kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang
layak dinikmati sebagai penjawat awam,” kata JPM berhubung status semasa
kemudahan untuk Dr Mahathir.
kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang
layak dinikmati sebagai penjawat awam,” kata JPM berhubung status semasa
kemudahan untuk Dr Mahathir.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan bagi Dr
Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.
Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.
JPM berkata kerajaan turut menanggung bayaran-bayaran
utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.
utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.
Selain itu, menurut JPM, kerajaan juga menanggung kos bagi
bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi,
pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri oleh
bekas perdana menteri itu ke luar negara.
bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi,
pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri oleh
bekas perdana menteri itu ke luar negara.
“Justeru, kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tiada
sebarang kemudahan yang ditarik balik dan layanan sama rata diberikan kepada
kesemua bekas perdana menteri,” kata JPM. – BERNAMA
sebarang kemudahan yang ditarik balik dan layanan sama rata diberikan kepada
kesemua bekas perdana menteri,” kata JPM. – BERNAMA