Sunday, November 16, 2025

Padah Raba Punggung Wanita, Lelaki Dipenjara

November 10, 2017
1 min read



Damansara Damai – Seorang lelaki dijatuhi hukuman 12 bulan penjara serta dua sebatan selepas didapati bersalah kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang pelayan restoran makanan segera telah dijatuhkan hukuman tersebut pada Khamis lalu selepas didapati bersalah kerana meraba punggung rakan sekerjanya dengan niat.



Menurut laporan Bernama, Majistret Zaki Asyraf Zubir telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Mikael Mohamad Hasni, 23, selepas  tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan meraba punggung wanita berusia 18 tahun itu dengan niat hendak mencabul kehormatannya di sebuah restoran makanan segera di Damansara Damai, di sini, pada 8 malam, 21 Oktober lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula Khamis.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia akan  berkahwin pada Februari tahun hadapan.

Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira faktor keselamatan awam kerana jika hukuman rendah dikenakan ia akan menyebabkan kes jenayah seksual akan semakin berleluasa. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali