PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
sekali lagi bertegas tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka
ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.
sekali lagi bertegas tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka
ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.
Ketegasan itu sekali lagi dinyatakan walaupun Naib Presiden
Indonesia, Jusuf Kalla mendesak beliau memohon maaf atas kata-kata penghinaan
terhadap suku Bugis dalam satu ceramah
politik pada 14 Oktober lalu.
Indonesia, Jusuf Kalla mendesak beliau memohon maaf atas kata-kata penghinaan
terhadap suku Bugis dalam satu ceramah
politik pada 14 Oktober lalu.
“Saya tidak kata apa pun kepada Jusuf Kalla atau semua orang
Bugis. Saya kata pasal Bugis, Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak) sahaja.
Bugis. Saya kata pasal Bugis, Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak) sahaja.
“Jadi saya tidak kata apa pun kepada Jusuf Kalla,” katanya
selepas menjadi panel pada forum Sifat Kepimpinan Dalam Masa Depan Digital,
semalam.
selepas menjadi panel pada forum Sifat Kepimpinan Dalam Masa Depan Digital,
semalam.
Sebelum ini, sebuah portal berita Indonesia melaporkan,
Jusuf terkejut apabila ceramah Mahathir diselitkan dengan kenyataan menghina
mengaitkan Najib sebagai lanun kerana berasal daripada suku Bugis.
Jusuf terkejut apabila ceramah Mahathir diselitkan dengan kenyataan menghina
mengaitkan Najib sebagai lanun kerana berasal daripada suku Bugis.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Kata Jusuf, Mahathir harus minta maaf dan menarik balik
kenyataan tersebut kerana ia melukakan hati orang Bugis di seluruh Indonesia
termasuk yang berada di Malaysia, lapor Sinar Harian.
kenyataan tersebut kerana ia melukakan hati orang Bugis di seluruh Indonesia
termasuk yang berada di Malaysia, lapor Sinar Harian.
Selain mencetuskan kemarahan di Indonesia, kata-kata
Mahathir juga telah mendapat bantahan daripada Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis
Melayu Malaysia (PPRBMM) di Yayasan Kepemimpinan Perdana, 18 Oktober lalu.
Mahathir juga telah mendapat bantahan daripada Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis
Melayu Malaysia (PPRBMM) di Yayasan Kepemimpinan Perdana, 18 Oktober lalu.
Pada masa sama, Mahathir bersedia memberi kerjasama kepada
pihak polis sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan mengenai isu
berkenaan.
pihak polis sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan mengenai isu
berkenaan.
“Itu dia (polis) punya kerjalah. Dia memang kena buka kertas
siasatan. Kalau dipanggil (beri keterangan) saya kena pergilah,” katanya.
siasatan. Kalau dipanggil (beri keterangan) saya kena pergilah,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat
sebelum ini mengesahkan dua kertas siasatan telah dibuka terhadap Mahathir
selepas pengerusi Pakatan Harapan itu didakwa menghina komuniti Bugis dalam dua
ucapan yang dibuatnya di Selangor.
sebelum ini mengesahkan dua kertas siasatan telah dibuka terhadap Mahathir
selepas pengerusi Pakatan Harapan itu didakwa menghina komuniti Bugis dalam dua
ucapan yang dibuatnya di Selangor.

