Categories: Berita Lain

Wanita Hayun Pengunci Stereng Kepada Penguatkuasa MPSJ Didenda RM3,000


PETALING JAYA: Seorang
wanita yang rakaman videonya memarahi seorang anggota penguat kuasa Majlis
Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan pengunci stereng kereta tular
di laman sosial baru-baru ini, didenda RM3,000 atau penjara 3 bulan oleh
Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Salamiah
Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Lew Yoke Peng, 43, menukar pengakuan
kepada bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam
iaitu Penguatkuasa MPSJ, Nor Safuan Noordin, 31, daripada menjalankan tugasnya
di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong pada 1 tengah hari, 6 September
lepas.

Bekas akauntan itu
didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal
Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kerana kesalahan
yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius malah menghina undang-undang negara
ini.

“Oleh itu, perlu satu bentuk hukuman yang dapat memberikan
pengajaran ke atas tertuduh dan masyarakat agar tidak mencabar penguat kuasa
dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Lim Chi Chau
merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dijatuhkan hukuman berbentuk denda
sahaja dengan alasan sepanjang tempoh pemenjaraan tertuduh telah insaf dan
berjanji tidak mengulangi perbuatannya lagi.

“Tertuduh juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk
menjaga suaminya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi mendapatkan
rawatan daripada hospital lebih daripada 2 kali seminggu di samping menanggung
ibu bapa yang uzur,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh melakukan
kesalahan meletak kereta di tempat letak kereta yang dikhususkan untuk OKU
menyebabkan keretanya ditunda oleh pihak penguat kuasa MPSJ.

Kerana berang dengan tindakan pihak penguat kuasa MPSJ itu,
tertuduh terus menjerit-jerit sambil memegang pengunci stereng kereta dan memarahi
pegawai penguat kuasa yang bertugas.

Video rakaman yang menunjukkan wanita tersebut memegang
pengunci stereng dan menjerit-jerit kepada penguat kuasa MPSJ itu tular di
media sosial baru-baru ini.
Pada 30 Oktober lepas, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12
hari oleh Mahkamah Majistret kerana menghina mahkamah dengan cara menjerit dan
mengingkari arahan Majistret Nurulhuda Zakariya.



Baca: Polis Siasat Insiden ‘Steering Lock’

– FMT

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago