Saturday, November 08, 2025

PPIM Desak Boikot Hotel Larang Pekerja Bertudung

November 13, 2017
2 mins read
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan – Foto: The Sun Daily



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu umat Islam
menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk memboikot mana-mana hotel yang
melaksanakan polisi larangan pekerja bertudung di bahagian khidmat pelanggan
atau kaunter depan.

Malah, PPIM turut menyarankan supaya kerajaan tidak
mengadakan sebarang majlis atau mengguna khidmat hotel-hotel berkenaan.
“Maka, selepas ini pelanggan sebagai pengguna tak perlu lagi
menginap di hotel yang melaksana polisi sebegitu. Pengguna perlu bijak,” kata
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang dipetik oleh portal Ismaweb.net, hari
ini.
Menurutnya, jika tindakan berkenaan secara serius dan
konsisten dilakukan oleh pengguna serta kerajaan, maka ia secara tidak langsung
memberi tekanan kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menukar atau membatalkan
polisi itu daripada terus dilaksana di Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pengusaha hotel-hotel antarabangsa ini perlu tahu Malaysia
adalah negara yang mempunyai penduduk majoriti Islam, dan agama Islam sebagai
agama persekutuan negara.
“Maka, polisi berkenaan sepatutnya tidak boleh bertentangan
dengan perlembagaan negara. Jika ia dilaksanakan di China atau Perancis, itu
tak menjadi masalah kerana rakyatnya bukan majoriti beragama Islam.
“Pengusaha hotel sepatutnya menghormati hak dan kebebasan
umat Islam di negara ini,” katanya.
Sebelum ini, MAH dilaporkan mempertahan tindakan operator
hotel melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian
kaunter depan (frontdesk).
Presiden MAH, Cheah Swee Hee mendakwa setiap hotel
terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan
polisi syarikat yang ditetapkan.
Sementara itu, bendahari MIC Datuk Seri S Vell Paari berkata
kenyataan MAH itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi menjurus melampaui
batas perkauman.
“Dia beritahu wanita Islam untuk cari pekerjaan di
hotel lain jika mereka tidak mahu mematuhi larangan bertudung.
“Saya ingin ingatkan Cheah bahawa Malaysia adalah negara
berbilang kaum dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap mana-mana agama tidak
boleh diterima,” katanya.
Menurut Vell Paari, sepanjang pengalamannya yang melawat
luar negara, beliau melihat ramai wanita Islam yang bertudung di hotel lima
bintang dan ini tidak mendatangkan sebarang masalah.
Katanya, jika MAH begitu prihatin dengan SOP hotel lima
bintang antarabangsa, maka ia juga harus memastikan pekerja Malaysia dibayar
upah “lima bintang” untuk menyelaraskan gaji sama seperti yang
dibayar di London, New York dan sebagainya.


“Saya juga ingin mengingatkan persatuan bahawa hotel
bertaraf lima ini juga beroperasi di Asia Barat tetapi tidak ada isu dengan
wanita Islam memakai tudung di sana. Jadi mengapa ia harus menjadi isu di
Malaysia? ” soalnya.
Katanya, sama seperti isu bantahan orang ramai berhubung
perkhidmatan dobi untuk pengguna Islam sahaja di Johor yang mengundang bidasan
ramai, kini sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini menentang diskriminasi
terang-terangan terhadap wanita Islam di Malaysia.

Vell Paari juga menggesa kerajaan medesak persatuan itu
untuk mendedahkan hotel-hotel bertaraf lima bintang yang mengharamkan
penggunaan tudung.



– Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti