Saturday, November 08, 2025

Lelaki Tiba-Tiba Semput Selepas Dijatuhkan Hukuman Penjara 32 Bulan

November 14, 2017
1 min read

Seorang lelaki terpaksa ditenangkan selepas
secara tiba-tiba semput sebaik Mahkamah Majistret, di sini, hari ini
menjatuhkan hukuman penjara 32 bulan atas dua tuduhan menyamar dan menawarkan
barang lelongan polis yang tidak wujud, sembilan tahun lalu.
Tertuduh didakwa menipu seorang wanita berusia 29 tahun dengan menawarkan penjualan telefon bimbit jenis Nokia N95 tidak wujud hingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang RM200. Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu terhadap
Abdul Rani Md Sarif, 56, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan
dibacakan terhadapnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menipu mangsa sama
dengan menyamar sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka
sehingga mendorong mangsa mempercayai tawaran barang lelongan berkenaan.
Menurut laporan portal Berita Harian kedua-dua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan tertuduh di
Hospital Pantai Ayer Keroh, kira-kira jam 10.30 pagi, pada 26 September 2008.
Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim, memohon
hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai 18 rekod
jenayah sejak tahun 1987 dengan 13 daripadanya membabitkan kes tipu, malah
tidak serik dengan hukuman dijatuhkan sebelum ini.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela
merayu hukuman diringankan dengan alasan baru menjalani pembedahan di bahagian
perut dua bulan lalu.

Bagaimanapun Mahkamah menjatuhkan hukuman 20 bulan penjara bagi
pertuduhan pertama, manakala 12 bulan bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan
hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 7 November lalu. – Malaysian Update

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti