Categories: Berita Lain

[FOTO] Dah 12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok Cukup Sifat, Tidak Berbau Dan Masih Dalam Kiam – Amina Jasmine


Sesungguhnya mati itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti
merasai mati. Namun, bagaimanakah kematian kita? Tiada siapa yang tahu.
Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha
Kuasa.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah
berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk
dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan
tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti
perkongsiannya dibawah.
Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.
12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih
dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk
badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan
tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.
Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka
mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu
mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata.
Dengan suami mak bersabar.
Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit
Alip, mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha Suci Allah.
Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’,
tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini.
Cari redha Allah.


Siap untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Bukit
Alip.


Maha Suci Allah jodoh mak dan ayah, dapat mak dikebumikan di
sebelah kubur ayah.


Anak-anak tak pernah jumpa tok mak nya. Sengaja saya bagi mereka
tengok. Buat pertama dan terakhir tok mak mereka.


Sewaktu proses gali semula Tanah Kubur Kampung Pendas Laut.


Banyak kubur-kubur telah di gali. Masih dalam proses di
Kampung Pendas Laut.


Jenazah mak.


Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput
berada disisi mayat.

Sumber : Amina Jasmine/Siakap Keli

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago