Saturday, November 08, 2025

Kerabat Diraja Johor Dijel 2 Tahun, Denda RM10,000

November 15, 2017
2 mins read

PUTRAJAYA – Hukuman penjara terhadap seorang kerabat diraja
Johor dikurangkan kepada dua tahun namun ditambah dengan denda RM10,000 selepas
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitannya terhadap pertuduhan
mencederakan petinju negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh,
Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam memerintahkan Tunku Nick Tazuddin
Izwan Syah Tunku Qadir menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Hakim Mohd Zawawi yang mempengerusikan panel itu menolak
rayuan Tunku Nick Tazuddin, terhadap sabitannya tetapi membenarkan rayuannya
untuk mengurangkan tempoh penjara daripada empat tahun kepada dua tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau turut mengenakan denda RM10,000 atau penjara setahun
jika gagal membayar denda itu terhadap Tunku Nick Tazuddin, 32, yang memakai
kemeja dan seluar hitam.
Semasa menyampaikan keputusannya, Hakim Mohd Zawawi berkata
hakim Mahkamah Sesyen adalah betul apabila mendapati Tunku Nick Tazuddin
bersalah terhadap pertuduhan itu.
Beliau bagaimanapun berkata hukuman penjara empat tahun
terhadap Tunku Nick Tazuddin yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen adalah kurang
sesuai kerana wujud elemen provokasi.
Hakim itu berkata penjara enam minggu yang telah dijalani
Tunku Nick Tazuddin sebelum beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dan
kebenaran bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu
rayuan perlu dipertimbangkan.
Pada 28 Jun, 2013 Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan
hukuman penjara empat tahun masing-masing terhadap Tunku Nick Tazuddin, Alex
Foo Hee Wee dan Mohd Arif Husin selepas mendapati mereka bersalah terhadap
pertuduhan mencederakan petinju negara itu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek,
Johor Bahru, antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.
Bagaimanapun, Foo telah meninggal dunia dan Mohd Arif, 40,
yang menghadapi pertuduhan membunuh dalam kes lain tidak mengemukakan rayuan
terhadap sabitan dan tempoh penjara itu di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Tinggi membebaskan keempat-empat mereka dan pihak
pendakwaan merayu ke Mahkamah Rayuan yang menghantar semula kes itu ke Mahkamah
Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim lain. Sidang Mahkamah Tinggi yang
kedua itu kemudian mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Tunku Nick
Tazuddin mengemukakan rayuan.
Dalam prosiding hari ini, peguam mewakili Tunku Nick
Tazuddin, Mohd Daud Ismail dalam hujahnya berkata berlaku provokasi dan perkara
itu tidak dipertimbangkan mahkamah lebih rendah dan menurutnya mangsa turut
bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa pula berkata mangsa yang
mengalami pelbagai kecederaan dan turut diseret ke but sebuah kereta bernasib
baik kerana masih bernyawa.
Dilaporkan Muhammad Farkhan, 29, pemenang pingat emas Sukan
SEA 2009 di Laos, telah patah rahang dan mengalami pelbagai kecederaan lain
selepas dipukul sekumpulan lelaki.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd Daud berkata
anak guamnya akan membayar denda itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali

Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak, Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

KUALA LUMPUR – Ibu kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, hari