Categories: Berita Lain

Kerana Cemburu Suami Pukul Dan Botakkan Kepala Isteri


MASYARAKAT baru-baru ini digemparkan dengan kes seorang
lelaki yang juga merupakan kontraktor bertindak memukul dan membotakkan kepala
isterinya, pada Isnin lepas.
Rentetan kes tragik dan kejam itu, lelaki berkenaan telah
berjaya ditahan pihak polis di kediamannya yang terletak di Taman Kluang Setia,
Kluang, Johor tengah malam tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Suspek yang berusia 32 tahun itu dikatakan bertindak kasar
dengan memukul isterinya selama empat jam kerana cemburu dan mendakwa wanita
berkenaan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner
Mohamad Laham, perbuatan kejam itu terbongkanr apabila mangsa (isteri suspek)
berjaya menghubungi bapanya.
“Ketika menghubungi bapanya pada 8.30 malam, Isnin lalu,
mangsa menyatakan mahu pulang ke rumah keluarganya dan hanya menangis tanpa
menceritakan kejadian sebenar.
“Bapa mangsa yang hairan dengan apa berlaku dikatakan
bimbang keselamatan anaknya sebelum terima gambar mangsa yang dihantar menerusi
WhatsApp oleh besannya pada 8.30 pagi, keesokan.
“Berasa bimbang akan keselamatan anaknya itu, lelaki
berkenaan cuba menghubungi telefon bimbit mangsa namun tidak dapat dihubungi,”
katanya dipetik Harian Metro.


Jelasnya lagi, penangkapan ini dibuat selepas laporan yang
dibuat oleh bapa mangsa sekitar pukul 12.55 tengah hari semalam di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.
“Hasil siasatan awal, kami dapati mangsa mula dipukul dengan
tangan di muka dan kepala menyebabkannya cuba halang menggunakan kedua-dua
tangan.
“Ia bermula 4 petang di parkir berhampiran Bangunan Majlis
Perbandaran Kluang (MPK) Isnin lalu. Mangsa dibawa pulang dan dipukul serta
rambutnya dicukur sehingga botak di rumahnya hingga 8 malam.
“Mangsa yang lebam di muka, kepala dan kedua tangannya
diselamatkan ibu mentuanya yang bawa ke rumah lain dan memujuk mangsa buat
laporan polis serta rawatan di hospital namun mangsa enggan.
“Hasil siasatan, kami dapati kejadian berpunca kerana suspek
mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain,” jelasnya
lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata lagi Mahkamah Majistret
Kluang membenarkan suspek yang juga penagih dadah itu ditahan reman selama
empat hari sehingga 18 November depan bagi membantu siasatan.
Memetik sumber, difahamkan kes ini disiasat
mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah
Tangga.
Sementara itu, berdasarkan keputusan ujian saringan air
kencing lelaki terbabit dipercayai positif dadah jenis Methamphetamine.

– Mynewshub

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago