Saturday, November 08, 2025

Syed Saddiq Sangkal Fitnah Bulan Madu Bersama Anak Azmin

November 15, 2017
1 min read
Syed Saddiq Abdul nafi dakwaan berbulan madu dengan anak perempuan Menteri Besar Selangor di UK. – Foto: NST

Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed
Saddiq Abdul Rahman menyangkal beberapa dakwaan yang dilemparkan ‘tentera
siber’ berhubung perjalanan beliau ke United Kingdom (UK) dan Perancis.
Antara dakwaan itu beliau berbulan madu bersama anak
perempuan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di UK.

“Ini perkara paling lucu pernah saya baca. Pihak Umno
pun sekadar kongsikan screenshot dari akaun palsu Twitter sebab takut di saman
oleh saya,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata berdasarkan posting Twitter, sangat jelas
anak perempuan Azmin sedang berada di Pulau Pinang dalam misi bantuan mangsa
banjir.
Menurut Syed Saddiq beliau di Perancis untuk membentangkan
kertas penyelidikan berjudul ‘Thailand Post-Shinawat’ dan ‘The State of
Political Islam in the Middle East’.
Juri debat Oxford IV
Beliau menambah diberikan peluang untuk menghakimi
pertandingan akhir debat berprestij antara varsiti, Oxford IV.
“Saya juga mengendalikan dua bengkel dan mengadakan
pertemuan dengan empat persatuan Malaysia,” katanya.
Syed Saddiq turut menjelaskan dakwaan perjalanan beliau dibiayai
BERSATU atau pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad atau Azmin Ali.
“Satu sen pun duit perbelanjaan saya tak ditampung oleh
parti, Tun Mahathir dan MB Azmin,” katanya.
Katanya perbelanjaan perjalanan itu ditanggung oleh hasil
penyelidikan dan bengkel-bengkel seliaan beliau.
Tuduhan promosi ‘seks bebas’
Beliau juga mengkritik tuduhan beliau mempromosikan ‘seks
bebas’ dengan mencadangkan pendidikan seks yang lebih holistik.
Beliau berkata hal ini penting menunjukkan perangkaan yang
didedahkan parlimen menunjukkan majoriti kes pembuangan bayi dari keluarga
Melayu Islam.
“Seramai 700 bayi dibunuh kerana pembuangan bayi,”
katanya.
Syed Saddiq berkata beliau sukakan kajian dasar awam dan ia
merupakan minat beliau sebelum melibatkan diri dalam politik.

Beliau mendakwa oleh kerana kerajaan Umno-BN menutup peluang
pekerjaan seperti pensyarah sambilan, juru latih atau penyelidik terhadap
beliau dalam negara, maka beliau terpaksa mencari sumber pendapatan di luar
negeri.
“Tolong faham, saya perlu bayar bil saya seperti anda
semua.
“Saya lebih rela hidup sederhana tapi bermaruah dan
berintegriti, dari hidup kaya tapi hina sebagai perasuah dan pencuri,”
katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian