Categories: Berita Lain

Akibat Tak Puas Hati Kena tinggal Bas, Penumpang Naik Teksi Cari Dan Tikam Pemandu


SEORANG penumpang menikam pemandu bas ekspres di belakang
badan dengan pisau di Stesen Bas Ekspress Bukit Lagi, Kangar, hari ini selepas
dipercayai berang ditinggalkan ketika berhenti di terminal bas di Alor Setar,
Kedah.
Dalam kejadian 10.30 pagi, mangsa Mohd Fakhri Yahya, 33,
cedera di belakang bahu kiri dan menerima tiga jahitan akibat ditikam penumpang
yang dibawanya dari Larkin, Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata,
pihaknya panggilan jam 11 pagi daripada kerani syarikat bas berkenaan itu
memaklumkan seorang pemandunya cedera ditikam oleh penumpang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, mangsa memandu bas ekspress dari Stesen Bas Larkin,
Johor Bahru ke Perlis yang bertolak malam semalam.
“Ketika bas berkenaan berhenti untuk menurunkan
penumpang di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah suspek turun untuk
ke tandas tanpa memaklumkan mangsa.
“Sejurus keluar dari tandas dan menuju ke bas suspek
mendapati bas terbabit sudah meninggalkannya menuju ke Stesen Bas Ekspress
Kangar.
“Suspek dalam keadaan marah pergi ke kaunter bas di
Terminal Bas Shahab Perdana untuk memaklumkan perkara itu,” katanya.
Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya menyewa teksi menuju
ke Stesen Bas Ekspres Kangar.
“Setibanya di stesen suspek meluru ke dalam bas
berkenaan dan terus menikamnya di belakang bahu menyebabkan mangsa cedera.
“Dia kemudian melarikan diri manakala mangsa yang
cedera berjalan ke kaunter tiket bas berhampiran untuk mendapatkan
bantuan,” katanya.
Wari berkata, kejadian berlaku pantas dan mangsa kemudiannya
dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan ambulans untuk dirawat dan
sudah dibenarkan pulang.
“Pihak polis turut merampas senjata dipercayai
digunakan suspek dan sebuah beg besar berisi pakaian miliknya yang ditinggalkan
dalam bas berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan
kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. Suspek kini sedang
dikesan,” katanya.

– Harian Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago