Saturday, November 08, 2025

Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Tindih ‘Charger’ Telefon Ketika Tidur

November 16, 2017
1 min read

Seorang remaja perempuan di Vietnam maut selepas terkena
renjatan elektrik daripada pengecas telofon pintar, iPhone yang rosak.
Le Thi Xoan, 14, dilaporkan tertindih wayar pengecas
tersebut ketika tidur dan terdedah kepada renjatan elektrik akibat wayar
pengecas tersebut yang rosak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Gadis malang itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu bapa
mangsa yang kemudian bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Doktor
bagaimanpaun mengesahkan bahawa remaja tersebut sudah meninggal dunia.
Pihak polis yang pergi ke lokasi kejadian menemui satu wayar
pengecas berwarna putih dengan kesan terbakar. Pihak polis percaya wayar
pengecas yang rosak itu telah mendedahkan bahagian dalam dawai yang membawa
arus elektrik ketika mengecas.

Menurut pegawai penyiasat, mereka percaya bahawa remaja
tersebut ketika kejadian sedang mengecas telefon bimbit di atas katil yang sama
dia tidur seperti kebiasaan yang dilakukannya.

Pegawai penyiasat juga menjangkakan bahawa gadis itu secara
tidak sengaja telah bergolek ke atas bahagian wayar pengecas yang rosak itu
ketika tidur, hingga menyebabkan dirinya terkena renjatan elektrik.
Pengecas telefon bimbit iPhone itu kini sedang diperiksa
oleh pihak berkuasa bagai menentukan sama ada ianya adalah produk asal keluaran
Apple atau sebaliknya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap pengecas yang terbakar itu
mendapati bahawa panjang pengecas tersebut lebih pendek daripada pengecas tulen
keluaran Apple.
Daripada keadaan fizikal pengecas tersebut, pihak berkuasa
menyifatkan mangsa mungkin sudah mengetahui bahawa pengecas tersebut telah
rosak kerana ia dibalut dengan gam pembalut di bahagian dawai dalam yang
terdedah itu.

Sumber: Daily Mail/Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Belum Kering Luka Gaza, Tular Pula Penderitaan Umat Islam di Sudan

SUDAN – Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di

Dicerai Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK, Rezeki Imelda Safitri Mencurah Tanpa Diduga

ACEH – Rezeki, jodoh dan takdir semuanya urusan Allah. Siapa sangka, ujian