Categories: Berita Lain

Akibat Takut Rahsia Diketahui, Lelaki Campak Bayi Dilahirkan Kekasih Ke Dalam Sungai


SEGAMAT – Sepasang kekasih bertindak kejam dan melampaui
batas perikemanusiaan apabila bertindak membuang bayi lelaki yang baru
dilahirkan di Sungai Kenawar, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat
berkata, pasangan kekasih berusia 19 dan 21 tahun itu ditahan di wad kecemasan
Hospital Daerah Segamat (HDS) kira-kira jam 4 pagi tadi, ketika mendapatkan
rawatan, lapor Sinar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami menerima laporan daripada kakitangan HDS yang
curiga apabila mendapati remaja perempuan berusia 19 tahun itu mengalami
pendarahan teruk di bahagian kemaluannya seperti baru lepas bersalin.
“Hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 21
tahun kemudian mendapati suspek mengaku memasukkan bayi lelaki yang dilahirkan
tidak cukup bulan itu ke dalam plastik sebelum membuangnya ke dalam sungai
tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, bayi malang itu yang dianggarkan berusia enam
bulan itu dipercayai dilahirkan di rumah keluarga wanita berkenaan di Kampung
Pogoh, di sini, sebelum teman lelakinya membuang bayi tersebut ke dalam sungai
kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.
Katanya, keluarga wanita tersebut juga tidak mengetahui
anaknya mengandung kerana tubuhnya yang kecil selain keluarganya turut tidak
menyedari remaja itu melahirkan anak seorang diri di dalam biliknya.
“Kira-kira jam 10 pagi hari ini, suspek dibawa oleh
anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat
bagi membantu mengesan bungkusan berisi mayat bayi tersebut.

“Bungkusan plastik berisi bayi tersebut berjaya ditemui
terapung kira-kira 3.15 petang berhampiran tebing sungai, sebelum dibawa ke
Jabatan Forensik HDS bagi bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, suspek yang bekerja di kedai menjual alat ganti
kenderaan di sekitar bandar Segamat direman selama empat hari bagi membantu
siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago