Categories: Berita Lain

[FOTO] Anak Tertangkap Gambar Misteri Sebelum Kematian Bapa


Seorang wanita berkongsi foto kelibat misteri yang kelihatan
seolah-olah sedang menunggu untuk membawa bapanya ke alam akhirat beberapa jam
sebelum dia meninggal dunia.
Sharron Coll berjaya merakamkan foto itu sewaktu menjaga
bapanya, Roy Crank yang sedang nazak di sebuah hospital di Doncaster, yang mana
bapanya meninggal dunia kerana kanser usus pada tahun 2013.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Foto yang dirakam beberapa jam sebelum Crank menghembuskan
nafas terakhir menunjukkan kelibat bayang-bayang gelap sedang membongkok sambil
memegang buku.

Tambahnya lagi, ia juga kelihatan seperti burung gagak
hitam.
“Saya sedang menjaga bapa saya dan tiba-tiba dia asyik
menunding jarinya ke arah luar.
“Bapa saya tidak boleh bercakap dengan baik, jadi dia tidak
dapat menjelaskan apa yang dilihat. Namun, dia kelihatan takut,” katanya.
Ujar Coll, pada mulanya dia menyangka bapanya berkelakuan
pelik kerana kesan pengambilan ubat.
Namun, dia terkejut melihat figura misteri itu sewaktu
keluar dari tandas.
Dia yang ketakutan bagaimanapun masih sempat merakamkan
foto.
Menurut Coll, bapanya meninggal dunia beberapa jam sebelum
selepas foto itu dirakam.

“Biasanya, buruk gagak membawa tanda kematian,” ujar Coll.
Jelasnya, dia semakin takut kerana abangnya mendakwa imej
dalam foto itu kelihatan seperti Grim Reaper (dewa kematian).

Coll turut mendedahkan dia sering melihat roh semenjak dia
berusia lima tahun. Namun, kejadian itu agak menakutkan dirinya.
“Bila saya lihat betul-betul, nampak seperti ia sedang
berdoa di atas buku.
“Sebenarnya nampak macam sami, bukan seperti Grim Reaper,”
ujarnya lagi.
Wanita berusia 34 tahun itu menganggap perkongsiannya adalah
untuk memberitahu bahawa terdapat sesuatu akan menunggu setelah orang
kesayangan kita meninggal dunia.


“Bila saya lihat foto itu, saya tersenyum. Saya tahu ada
seseorang menunggu untuk membawa bapa saya ke alam lain,” ujar Coll.
Dalam pada itu, bapa Coll yang pada mulanya merahsiakan
penyakitnya meninggal dunia tiga bulan selepas disahkan menghidap kanser usus.

Tambahnya lagi, bapanya tidak pernah mempercayai perkara
ghaib walaupun dia pernah merakam imej misteri menggunakan kameranya sebelum
ini.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

7 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago