Saturday, November 08, 2025

PM Sampaikan Sumbangan Kepada Sekolah SHAH Pekan

November 19, 2017
1 min read

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.9 juta kepada Sekolah Sains Sultan Haji
Ahmad Shah (SHAH) di sini, hari ini.
Najib yang tiba di sekolah itu pada 9.50 pagi turut meninjau
keadaan sekolah itu sebelum menyampaikan sumbangan kepada pengetua sekolah
Adnan A. Aziz dan meluangkan masa bersarapan pagi dengan pelajar.
Adnan semasa ditemui berkata sumbangan itu akan digunakan
untuk menyelenggara bangunan, fasiliti dan asrama sekolah yang buat masa ini
mempunyai 583 orang pelajar tingkatan satu hingga lima, dengan kapasitinya
boleh menempatkan 600 orang dalam satu-satu masa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sekolah ini dibina pada tahun 1989…jadi sudah sampai
masanya untuk kami baik pulih fasiliti yang ada memandangkan kami akan menjadi
tuan rumah, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-45 peringkat
kebangsaan pada pertengahan tahun depan.
“Keutamaan akan diberikan untuk kerja baik pulih dewan
sekolah memandangkan dewan itu akan digunakan sepenuhnya pada hari tersebut
selain kemudahan asrama untuk keselesaan pelajar,” katanya kepada pemberita
semasa ditemui di sini, hari ini.
Adnan menambah selain itu, sekolah berkenaan yang merupakan
sekolah berprestasi tinggi juga memerlukan kerja pembaikan akibat mendapan
memandangkan sekolah itu dibina atas bekas paya, selain berhadapan dengan
masalah karat dan pendawaian elektrik.
Beliau berkata, sumbangan juga diterima daripada Alumni SHAH
Pekan yang disampaikan oleh pengerusinya Datuk Remie Arman Musa.
Sementara itu, seorang pelajar Uzwatun Hasanah Idham Halid,
17, yang bertuah kerana terpilih antara lapan pelajar untuk bersarapan dengan
Najib, berkata perdana menteri ada bertanya kepadanya mengenai cita-citanya.
“Beliau juga tanya apa kemudahan yang diperlukan di sekolah
ini sebab sekolah kami menjadi pusat pemindahan banjir setiap kali musim
tengkujuh.

“Tapi yang paling saya suka bila perdana menteri kata akan
pastikan sekolah kami berada dalam keadaan baik dan sesuai dengan peredaran
masa supaya sesuai dengan pembelajaran abad ke-21,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian