Saturday, November 15, 2025

PRU14: Harapan Bersedia Kemungkinan Bersatu Dibatalkan

November 19, 2017
1 min read
Wan Azizah berkata Pakatan Harapan sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa juga keadaan. – Foto: NST

KUANTAN – Pakatan Harapan (Harapan) bersedia dengan
kemungkinan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibatalkan
menjelang PRU14.
Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,
perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah
dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tidak ada masalah…Jika ROS (Jabatan Pendaftar
Pertubuhan) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam
menanganinya. Sebelum ini pun, mereka (ROS) buat masalah dengan DAP.
“Kami sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa
juga keadaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama
rakyat di sini, hari ini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh; Adun
Semambu Lee Chean Chung dan Adun Teruntum Sim Chon Siang.
Bersatu berhadapan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan ROS
kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak
mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada
dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
Ditanya jika beliau akan mengarahkan kepimpinan Bersatu
supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka, Wan Azizah berkata beliau
yakin dengan kepimpinan parti itu dalam membuat keputusan terbaik.
Pada PRU13, DAP berdepan kemungkinan logo ‘Roket’ tidak
boleh digunakan dalam pilihan raya selepas pendaftaran parti itu mungkin
terbatal ekoran kemelut berhubung pemegang jawatan yang dibentuk semasa
pemilihan parti pada 15 Disember 2012.
Semasa itu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP
memaklumkan parti itu bercadang menggunakan logo Pas di Semenanjung dan simbol
PKR di Sabah dan Sarawak, jika isu itu tidak diselesaikan sebelum pilihan raya
tersebut.

Bagaimanapun, pada 18 April 2013, ROS mengesahkan bahawa DAP
masih boleh menggunakan logo mereka memandangkan pendaftaran parti itu tidak
terbatal kerana siasatan masih dijalankan berhubung kemelut dalaman parti itu.-
Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian