PUTRAJAYA, 20 Nov — Timbalan menteri pengangkutan Datuk
Abdul Aziz Kaprawi mengakui kempen keselamatan jalan raya gagal mengurangkan
kadar kemalangan di negara ini.

Beliau berkata Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020
menyasarkan pengurangan kadar kematian dan cedera parah akibat kemalangan jalan
raya sebanyak 50 peratus menjelang 2020, namun malangnya jumlah kemalangan jiwa
terus meningkat setiap tahun.

Justeru, katanya semua agensi relevan seperti Jabatan
Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan berbincang dalam masa
terdekat bagi mewujudkan pendekatan lebih holistik bagi mengatasi masalah tersebut.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“Kita harus membuat fokus baharu (dalam usaha mengurangkan
kadar kemalangan) kerana saya melihat data (kemalangan) yang ada hari ini
semakin naik, sebab itu saya kata kita gagal dan kita harus mengakui fakta itu.

“Mungkin kita perlu melihat amalan di negara lain seperti
Sweden yang mempunyai kadar kemalangan 10 kali ganda lebih rendah daripada
kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Memperingati Mangsa
Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017, di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata sejak 2003, angka kematian akibat
kemalangan jalan raya di negara ini tidak pernah kurang daripada 6,000 orang
setahun dan buat pertama kalinya kes kematian melepasi angka 7,000 orang pada
tahun lepas.

Selain meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam,
katanya antara langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang boleh
dipertimbangkan termasuk mengetatkan syarat pemilikan kenderaan.

Menurutnya, kebelakangan ini sebanyak 1.5 juta kenderaan
baharu dan lebih 500,000 pemandu baharu didaftarkan di Malaysia pada setiap
tahun.

“Di Singapura contohnya, seseorang yang hendak membeli
kenderaan peribadi perlu mempunyai Certificate of Entitlement (COE). Tetapi di
negara kita hari ini, sebuah rumah kadang-kala ada sehingga enam biji kereta,”
katanya.

Sementara itu, ketua pengarah JKJR Datuk Rosli Isa berkata
pada tahun lepas, sebanyak 960,569 kemalangan jalan raya direkodkan di negara
ini dengan 670,935 daripadanya melibatkan motosikal.

Rosli berkata punca kemalangan maut yang tertinggi pula
adalah terbabas iaitu sebanyak 1,850 kes, pertembungan berdepan (1,590),
langgar sisi (959), langgar belakang (710) dan bergesel (420).

Pada majlis itu, beberapa orang mangsa kemalangan jalan raya
yang mengalami kecedaraan parah dan hilang upaya kekal turut diundang bagi
memberi peringatan kepada pengguna jalan raya yang lain agar sentiasa
mengamalkan pemanduan selamat di jalan raya,

Bagi Azhari Ibrahim, 48, yang mengalami kemalangan motosikal
ketika pulang dari tempat kerja dari Kelana Jaya ke Shah Alam, Selangor pada
tahun 1994, beliau mahu pengguna jalan raya menjadikan kisahnya sebagai satu
pengajaran.

Beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak
perempuan, berkata kehidupannya yang dulu aktif termasuk sering bersukan dengan
rakan-rakan bertukar 360 darjah selepas kemalangan itu akibat kecederaan teruk
pada tulang belakang.

“Selepas kemalangan itu, selama tiga tahun saya terlantar,
menyebabkan ekonomi keluarga merosot terutama bagi menampung kos rawatan saya
yang tinggi apabila pelbagai komplikasi lain muncul,” katanya.

Kini walaupun berkerusi roda, Azhari yang membuka perniagaan
membekalkan peralatan pemulihan perubatan, berkata beliau terpanggil untuk
menyertai kempen keselamatan jalan raya bagi mengingatkan pengguna jalan raya
yang lain agar tidak menjadi mangsa seperti dirinya. — Bernama