Saturday, November 08, 2025

RoS Nafi Lewat Maklum Syarat Daftar

November 21, 2017
1 min read

MELAKA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menafikan
dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan
disebabkan jabatan itu tidak memaklumkan lebih awal syarat dan undang-undang
pertubuhan kepada mereka.
Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata permohonan
pendaftaran Pakatan Harapan perlu diteliti secara menyeluruh memandangkan ada
masalah belum selesai berhubung DAP sebelum ini dan ditambah dengan isu dalam
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita memang meneliti semua keadaan (aspek) secara
menyeluruh sebelum meluluskan apa jua pertubuhan terutamanya parti politik,
jadi dakwaan Pengerusi PPB itu adalah tidak tepat.
“Parti politik mempunyai sokongan daripada rakyat, jadi kita
kena pastikan apa yang mereka ingin perjuangkan itu menepati perlembagaan
persekutuan dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta tidak bercanggah
dengan norma masyarakat.. itu yang penting,” katanya kepada pemberita di sini,
hari ini.
Surayati berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
dakwaan Dr. Mahathir bahawa RoS tidak memaklumkan lebih awal kepada parti
terbabit mengenai syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi sehingga
menyebabkan kelewatan pendaftaran pertubuhan parti campuran tersebut yang
dikhuatiri akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum
ke-14 nanti.
Mengulas perkembangan lain, Surayati menyeru persatuan
penduduk yang berdaftar di bawah RoS membuat permohonan geran berjumlah
RM10,000 bermula Disember ini.
Geran yang disediakan kerajaan persekutuan itu adalah bagi
pelaksanaan program pencegahan jenayah, aktiviti kejiranan dan pembersihan
serta pembelian peralatan keselamatan.
Sementara itu Pengarah RoS Melaka, Nurhafidah Ali berkata
sehingga kini sebanyak 2,156 pertubuhan dan 407 pertubuhan cawangan yang aktif
direkodkan berdaftar di negeri itu manakala 44 persatuan telah dibatalkan
kelayakannya.

Beliau berkata pembatalan status persatuan atau pertubuhan
tersebut disebabkan beberapa faktor termasuk tidak aktif, tidak menghantar
laporan tahunan atau penyata setelah notis dan makluman dilakukan RoS, serta
ditubuhkan untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu. – BERNAMA`

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti