Saturday, November 08, 2025

Akan Tiba Masa Dr Mahathir Terima Balasan, Kata Aziz Bari

November 23, 2017
1 min read

Adalah salah bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus
menegaskan bahawa beliau bertindak atas nasihat polis berkenaan tangkapan
besar-besaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dan
kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata pakar undang-undang perlembagaan Abdul
Aziz Bari.
Menurut ahli DAP itu, lebih baik bagi bekas perdana menteri,
dari segi sudut moral, untuk mengakui bahawa beliau telah terkhilaf dalam
penilaiannya.
Aziz berkata, bahawa dalam sistem parlimen seperti Malaysia,
kerajaan semasa yang mempunyai keputusan muktamad dan harus memikul tanggungjawab.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Undang-undang tidak boleh dibaca secara literal, jika
tidak diktator akan masuk melalui pintu belakang. Sama seperti tanggapan Yang
di-Pertuan Agong melantik kerajaan mengikut kebijaksanaan. Tafsiran literal
mengenai tanggapan ini yang menimbulkan masalah selama ini.
“Penahanan ISA pada asasnya adalah penahanan eksekutif
yang wujud di negara-negara seperti Malaysia. Ia adalah legasi pemerintahan
penjajah yang bertentangan dengan demokrasi.
“Sama seperti pendakwaan di mana proses itu bermula dengan
siasatan polis. Kes yang disebutkan di atas memerlukan lampu hijau atau
kelulusan politik. Sama seperti pengampunan diraja, Seri Paduka tidak bertindak
sendiri, walaupun baginda mempunyai kata putus,” katanya dalam satu
kenyataan.
Aziz berkata jika benar polis membuat keputusan itu, ini
bermakna Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang “bodoh” dan
pasukan polis yang menguasai segala-galanya.
“Kita tahu Mahathir sedang bermain politik tetapi dalam
proses itu, beliau membodohkan diri sendiri,” katanya.
Aziz mencadangkan jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan
persekutuan, maka satu mesti ditubuhkan berhubung episod lalu yang membabitkan
pengerusinya.
Dalam pada itu, beliau mengesa pihak polis untuk menjelaskan
perkara berkenaan.
Dalam nota yang sama, Aziz berkata, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak tidak boleh menjadikan perkara itu sebagai modal politiknya
kerana beliau juga adalah sebahagian daripada sistem berkenaan semasa kejadian
berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian