Categories: Berita Lain

Wanita Maut Selepas Tercampak Keluar Dari Kereta Dipandunya


DUNGUN: Seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya
cedera selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar kaki bukit di Kilometer
343.8, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Paka, pagi tadi.
Dalam nahas kira-kira jam 10 pagi itu, Noorhafizah Omar, 31,
maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandunya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika kejadian, mangsa bersama suaminya, Azlan Ismail, 31,
dan dua anak mereka, Mohd Adam Haikal, 5, dan Nor Alisya Sufas, 3, yang tinggal
di Kapar, Selangor dalam perjalanan pulang ke kampung di Teras Mentuan, Kubang
Kerian, Kelantan.
Setiba di tempat kejadian, kereta dinaiki mereka terbabas
dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat, sebelum melanggar kaki bukit
di tepi lebuh raya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani
Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, jenazah mangsa dibawa
ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
“Suaminya dan dua anak mangsa yang cedera ringan turut
dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya sambil menambah
kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana
memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

– Berita Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago