Categories: Berita Lain

‘Ikan Mahal Weh! RM15 Sekilo’

KUALA LUMPUR: Harga ikan dikatakan semakin melonjak sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pembeli khususnya bagi mereka yang menetap di ibu kota.
Tinjauan Sinar Harian di Pasar Chow Kit mendapati ikan kembung dijual pada harga RM11 hingga RM15 sekilogram manakala selar dan sardin pula masing-masing berharga RM10 dan RM8 sekilogram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seorang pesara, Asbolah Sabri, 62, berkata, harga ikan pada masa kini dilihat tidak menentu dan keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang menetap di bandar.
“Bila harga ikan tidak menentu begini, ia sudah pasti memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.
“Jika dulu kembung hanya RM10, sekarang harganya semakin meningkat dan tidak menentu. Ada masa RM11, ada masa mencecah sehingga RM15,” katanya.
Di samping itu, Asbolah berkata, ikan sardin pada masa ini juga turut mengalami perubahan ketara di mana harganya mencecah RM8 sekilogram berbanding dahulu hanya sekitar RM4.
Selain faktor cuaca, Asbolah berkata, kenaikan harga ikan tidak menentu sejak kebelakangan ini berkemungkinan berpunca daripada tindakan orang tengah atau pemborong yang cuba menaikkan harga secara sesuka hati bagi mengaut keuntungan lebih.
“Nelayan dan penjual ikan tidak patut disalahkan kerana orang tengah yang bertindak menaikkan harga sesuka hati.
“Jadi kerajaan dan pihak berwajib perlu mengambil tindakan dengan memantau orang tengah ini agar mereka tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan,” katanya.
Selain ikan, Asbolah berkata, harga santan turut mengalami kenaikan di mana harganya pada masa ini adalah sekitar RM7 sekilogram berbanding RM6 sebelum ini.
“Peniaga memberi alasan bahawa harga santan terpaksa dinaikkan berikutan daripada bekalan kelapa semakin sukar didapati. Sebab itu mereka terpaksa menaikkan harga,” katanya.
Dalam pada itu, Malik Yaakob, 58, memaklumkan harga ikan kembung sebelum ini pernah mencecah sehingga RM20 dan keadaan itu amat mengejutkan pembeli.
Menurut Malik, walaupun harga ikan tidak menentu pembeli tidak mempunyai pilihan lain memandangkan ia merupakan keperluan utama di rumah.
“Selalunya saya akan ke pasar tiga kali seminggu dan saya dapat lihat harga ikan seperti kembung sejak kebelakangan ini akan berubah-ubah.
“Harga ayam kalau lihat tak banyak sangat perbezaannya berbanding ikan,” katanya.
Malik berkata, dia perlu memperuntukkan sekitar RM20 setiap kali ingin membeli ikan di pasar berkenaan.
Selain itu, seorang ahli perniagaan, Zori Hamid, 46 berkata, keluarga besar semestinya akan terbeban dengan kenaikan harga ikan ini kerana turut memberi kesan kepada perbelanjaan harian mereka.
“Bagi saya, bukan saja ikan yang perlu dikawal, tapi ayam juga perlu dikawal. Bagi keluarga yang besar, mereka mesti tidak mampu untuk membeli ikan setiap hari,” katanya.
Peniaga terpaksa naikkan harga
Dalam pada itu, seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli memaklumkan bahawa harga ikan di sini meningkat berikutan daripada kekurangan bekalan ekoran perubahan cuaca sejak kebelakangan ini.
Selain itu, Ramli berkata, ikan-ikan yang dijual di pasar segar juga lebih mahal berikutan mempunyai gred dan kesegaran yang lebih baik.
“Jika dibandingkan harga ikan di sini dengan pasar raya sudah semestinya berbeza kerana ikan di sini lebih segar.
“Dan apa yang saya dapat lihat, sejak harga ikan naik, orang ramai lebih memilih untuk membeli ikan sardin kerana harganya lebih murah,” katanya.
Ramli berkata, pihaknya tidak dapat melakukan sebarang tindakan berkaitan kenaikan tersebut memandangkan pembekal yang menaikkan harganya dengan alasan perubahan musim pada masa kini.
“Kita tak dapat buat apa- apa tentang kenaikan harga ini memandangkan pembekal yang menetapkannya,” katanya.
– Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago