Categories: Berita Lain

Robinho Dipenjara 9 Tahun Kerana Rogol


ROME: Bekas penyerang AC Milan dan Real Madrid,
Robinho dihukum penjara sembilan tahun di Itali semalam selepas didapati
bersalah atas dakwaan merogol secara berkumpulan, menurut laporan media
tempatan.
Insiden itu didakwa berlaku pada Januari 2013,
ketika Robinho masih bermain untuk Milan dalam kancah Serie A.
Dia didapati bersalah oleh mahkamah Itali kerana
melakukan serangan seksual ke atas wanita Albania berusia 22 tahun.
Lima suspek lain turut didakwa atas kesalahan sama
tetapi hukuman ke atas mereka belum dipastikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut akhbar harian Milan, Corriere della Sera,
Robinho dan lima rakannya menyebabkan wanita itu mabuk ‘hingga tidak sedarkan
diri dan tidak mampu untuk menghalang.’
Mereka kemudian dikatakan ‘melakukan hubungan seks
beberapa kali secara berturut-turut’ dengan wanita itu.
Robinho mengaku tidak bersalah dan dia masih boleh
merayu atas hukuman berkenaan.
“Kami ingin menjelaskan dia sudah membela dirinya
atas tuduhan itu, mengesahkan dia tidak terbabit,” menurut satu kenyataan yang
dimuat naik di laman Instagram Robinho.
“Segala aspek undang-undang sedang
dipertimbangkan.”

Penyerang 33 tahun Brazil itu kini beraksi untuk
kelab Brazil, Atletico Mineiro. Dia tampil beraksi 11 kali bersama negaranya. –
AFP

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

23 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago