Sunday, November 16, 2025

Bersihkan UMNO Daripada Pemimpin Cari Projek – Mat Taib

November 25, 2017
1 min read
Tan Sri Muhammad Muhamad Taib – Foto: The Sun Daily

SHAH ALAM: Pembersihan UMNO daripada pemimpin yang menabur
wang ringgit dalam perjuangan dan demi mengekalkan kuasa menjamin kemenangan
parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib
berkata, ia sekali gus menjadi faktor kelahiran pembangkang yang meluat dengan
sikap pemimpin sedemikian.
Jelasnya, keadaan kini jauh berbeza di mana pemimpin
terdahulu berjuang demi kemajuan Melayu di bumi sendiri.
“Kalau orang berduit menjadi ketua, dia kadang-kadang
tidak ada idea memimpin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia hendak menjadi ketua kerana hendak pegang jawatan
itu atau menjadi ketua bahagian dan selepas itu pergi cari menteri-menteri
hendak minta projek. Dia mahu jadi kaya
“Apabila dia jadi kaya, apa dia peduli lagi dengan
orang di bawah ini,” katanya semasa sidang media di bangunan UMNO Selangor
di sini.
Sebelum ini Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menegaskan, kehadiran
semula Muhammad ke dalam UMNO semula merupakan strategi parti itu untuk
merampas semula undi dari parti pembangkang.
Sivamurugan juga tidak menafikan bahawa kehilangan Muhammad
atau ‘Mat Taib’ akan memberi impak kepada Pakatan Harapan kerana beliau pernah
bersama dua parti besar di Selangor.
Kata Muhammad lagi, UMNO perlu memilih dan meletakkan calon
yang mempunyai penerimaan baik dalam masyarakat.
Jelasnya, jika tidak, ahli akan menolak calon berkenaan
secara senyap semasa membuang undi kelak.
Dalam pada itu tegasnya, pemimpin UMNO perlu mengutamakan
topik mengenai hak serta keistimewaan Melayu semasa berucap pada Perhimpunan
Agung UMNO dari 5 sehingga 9 Disember ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini akan menumpukan kepada
persediaan untuk menang pada PRU-14 daripada setiap perwakilan dalam usaha
mendapat mandat kerajaan lebih besar berbanding isu pemilihan parti.
Muhammad menyertai semula UMNO pada 17 September lalu
selepas lebih kurang empat tahun bersama parti pembangkang.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyertaan
kembali Muhammad kepada parti adalah atas dasar perjuangan.

Muhammad juga mengakui keputusannya untuk menyertai semula
UMNO dibuat setelah menyedari tidak dapat meneruskan perjuangan agenda Melayu
di dalam parti pembangkang.

– Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian