Saturday, November 08, 2025

Imigresen Terkejut Temui RM12.1 Juta Hasil Pelacuran

November 25, 2017
1 min read



PETALING JAYA: Sepasukan penguatkuasa imigresen terkejut
dengan penemuan RM12.1 juta menerusi operasi membanteras kegiatan pelacuran di
Sabah, yang merupakan rampasan wang tunai terbanyak dalam sejarah jabatan itu.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipetik
China Press sebagai berkata, operasi itu dijalankan di 2 lokasi di Kota
Kinabalu, Khamis lalu, di mana pasukan penguatkuasanya menemui wang tunai lebih
RM11 juta dalam bilik sebuah hotel.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau ketika menghadiri program di Akademi Jabatan
Imigresen di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini berkata, berdasarkan
maklumat risikan, mereka kemudiannya menemui lebih RM1.1 juta lagi dalam sebuah
bangunan lain.

Katanya, pihaknya belum tahu pemilik wang tunai itu dan
siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).


SEBAHAGIAN daripada wang tunai yang dirampas
dalam Ops Gegar di Kota Kinabalu, awal pagi semalam. – Foto: BH Online

Mustafar berkata, jabatan itu berjaya menyelamatkan 17 warga Filipina berusia lebih 10 hingga 40 tahun yang dipaksa melacur, selain menahan 2 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Filipina.

Katanya, kes itu diserahkan kepada unit khas yang diketuai
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Datuk Jaafar Mohamed untuk
siasatan lanjut.

– FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti