Saturday, November 08, 2025

Hati-Hati, Memang Ada Buaya…

November 27, 2017
1 min read

PORT DICKSON: Gambar seekor anak buaya di tepi Sungai
Menyala di laluan pintas Kampung Sawah Sunggala ke Taman Intan Perdana tular di
laman sosial sejak hujung minggu lalu.
Ketua Kampung Sawah Sunggala, Abd Shukor Sharif berkata,
pihaknya tidak menafikan akan kehadiran haiwan itu di sungai berkenaan.
Menurutnya, memang ada buaya di sungai tersebut sejak dahulu
lagi, orang yang melakukan kerja-kerja pembersihan di situ pernah melihat
kehadiran haiwan berkenaan.
“Tapi dia (buaya) tu tak pernah kacau orang, sejak jalan
pintas ini (Kampung Sawah Sunggala ke Taman Intan Perdana) siap dibina hampir
tiga tahun lalu. Maka ramai yang menggunakannya dan ‘bertuah’ sebab boleh
nampak buaya tu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jalan ni memang berjajaran dengan Sungai Menyala,” katanya.
Abd Shukor berkata, pihaknya melihat perkara ini sebagai
satu yang positif.
“Ia boleh jadi daya tarikan pelancongan di kampung ini, jika
sebelum ni kalau nak lihat buaya perlu ke Sungai Linggi dan naik bot.
“Tapi sekarang, dengan kemudahan jalan yang selesa, orang
ramai dah boleh lihat buaya di Sungai Menyala ini saja.
“Tapi buaya ini bukanlah sentiasa ada dan jumlahnya juga
mungkin sekadar seekor atau dua sahaja, berbanding di Sungai Linggi yang memang
habitatnya,” katanya.
Ujarnya, mungkin buaya yang dilihat di Sungai Menyala ini
juga berasal dari Sungai Linggi.
“Mungkin buaya ini masuk ke sini (Sungai Menyala) melalui
muara dua sungai ini.
“Selepas gambar buaya ni tular, ada juga orang ramai yang
melalui kawasan ni dengan harapan boleh lihat buaya berjemur.
“Cuma nasihat saya terutamanya kepada kaki pancing, sentiasa
berhati-hati bukan saja terhadap buaya tapi kepada kemungkinan bahaya seperti
ular dan haiwan berbisa lainnya” katanya.
Tambahnya, Sungai Menyala mempunyai jadual berkala untuk
diselenggara pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian banjir, menjadikan
keadaan sungai itu sentiasa bersih dan menarik minat kaki pancing.

– Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,

‘Hari Ini Hari Dia’ — OKU Fizikal Tamat Pengajian Di UniSZA, Kisah Ketabahan Zulfaqar Aslam Undang Sebak

KUALA TERENGGANU – Tular di TikTok perkongsian oleh Zulfaqar Aslam, atau nama