Saturday, November 15, 2025

Ketua Penaja PPBM Cuba Alih Tumpuan

November 27, 2017
2 mins read

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) Ledang yang menafikan lapan bahagian, pimpinan dan akar umbi
PPBM membuat aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), baru-baru ini
didakwa bertujuan mengalihkan tumpuan ramai daripada kemelut yang menggoncang
parti pembangkang itu.
Sehubungan itu, bekas Penyelaras Parlimen Kluang, Arjuna
Putra Ali, tampil menyangkal dakwaan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penaja
PPBM Ledang, Mohd Solehan Badri itu.
Beliau yang merujuk kepada komunikasi WhatsApp dengan AJK
PPBM Ledang, Zaharuddin Mat Isa, berkata adalah jelas sekali tindakan Ketua
Penaja Ledang itu berunsur menekan dan seolah-olah menggugut jawatan kuasa
pimpinan serta akar umbi yang hanya ingin bersuara demi kebenaran serta hak
mereka.
Katanya, Zaharuddin turut mengatakan bahawa kenyataan
penafian itu adalah daripada Mohd Solehan dan bukan daripada beliau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimana beliau (Mohd Solehan) ingin menafikan,
sedangkan Zaharuddin sendiri yang menelefon kami untuk ‘pick up’ (mengambil)
beliau di Tol Lebuhraya Tangkak dan terus bergegas Putrajaya.
“Di sini jelas, tindakan Mohd Solehan hanya ingin
mengalihkan tumpuan terhadap kemelut yang melanda PPBM dan pakatan pembangkang.
“Sepatutnya pimpinan Bahagian dan Negeri PPBM
menyelesaikan permasalahan berbangkit dengan mendesak pimpinan peringkat
atasan, ‘menyegerakan perintah atau notis bagi melaksanakan AGM PPBM’,” katanya
dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Arjuna Putra berkata Zaharuddin yang sebelum ini, menjawat
jawatan Setiausaha Bahagian Ledang, bersetuju dan menandatangani aduan rasmi
yang dibuat kepada ROS, termasuk isu berkaitan Ketua Penaja Proksi.
Katanya, beliau turut difahamkan, yang Zaharuddin telah
dilucutkan jawatan dulu, dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PPBM
Ledang, baru-baru ini.
“Difahamkan, sebanyak 332 aduan dilaporkan dihantar
kepada RoS menjadikan jumlah kesemua aduan adalah 358 aduan membabitkan AJK
pimpinan dan ahli akar umbi di 26 bahagian di Johor,” katanya.
Berhubung isu perlembagaan rasmi PPBM, Arjuna Putra berkata
setiap bahagian perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam waktu 60
hari dan mesyuarat cawangan dalam masa 14 hari, sebelum Persidangan Agung Pusat
dapat dijalankan.
“Berhubung tarikh awal mesyuarat Agung PPBM, iaitu
mengikut bahagian, adalah amat melucukan dan menunjukkan kelemahan kepimpinan
pengurusan atasan parti.
“Ini bermaksud, jika perlu diikut tarikh yang mana
setiap Bahagian PPBM perlu mesyuarat dahulu sebelum AGM Pusat PPBM. Ketika ini,
‘dikatakan’ ada lebih 159 Bahagian PPBM di seluruh negara, maka bila agak –
agaknya tarikh AGM PPBM boleh dilaksanakan? Apakah sehingga 2050?,” katanya.
Selasa lalu, PPBM Ledang menafikan ada seorang ahli mereka
yang didakwa mewakili satu daripada lapan bahagian PPBM di Johor, tampil
mengemukakan laporan kepada ROS.
Mohd Solehan Badri menafikan kenyataan daripada Ketua
Penerangan PPBM Kluang, Arjuna Putera dalam laporan media sebelum ini, yang
memetik perwakilan daripada Bersatu Ledang menyertai gerakan terbabit sebagai
sama sekali tidak benar.
Katanya, pembabitan Zaharuddin bersama gerakan itu adalah
kerana dikelirukan pihak berkenaan yang tidak memaklumkan tujuan sebenar mereka
ke pejabat ROS.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian