Saturday, November 15, 2025

Lan Nekad Tinggalkan Kristal

November 27, 2017
1 min read

Selepas 18 tahun bersama Kristal, vokalis Lan, mengesahkan
dia mengundur diri daripada kumpulan itu kerana terasa hati dengan tindakan
anggota lain yang dikatakan melakukan sesuatu tanpa berbincang dengannya
terlebih dulu.

Memetik laporan BH online, Lan berkata dia merancang
menjadikan projek solonya sebagai sumber pendapatan sampingan selain mahu terus
kekal aktif bersama Kristal. Namun dia terkilan apabila anggota lain sepakat
merehatkannya malah bercadang mencari vokalis yang baru.
“Selama ini, apa yang mereka buat di belakang saya,
tanpa berbincang dengan saya, saya hanya diamkan diri. Saya menjadi orang
terakhir yang tahu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apabila saya menyuarakan perancangan projek solo, saya
dipersalahkan dan dituduh ‘tunggul’.
“Kalau saya tunggul, sudah 18 tahun saya menjadi
tunggul di dalam Kristal. Sebenarnya, projek solo itu bukanlah bererti saya
mahu meninggalkan Kristal, malah ada juga anggota lain yang turut buat projek
solo. Ini adalah projek sampingan bagi menampung saya dan keluarga, tetapi
masih bersama Kristal.
“Apabila mereka menyuarakan untuk merehatkan saya, maka
saya akan berehat dan tidak ada lagi perbincangan selepas ini,” katanya.
Baru-baru ini, menerusi laman sosial kumpulan itu, mereka
mengeluarkan kenyataan merehatkan penyanyi terbabit. Bukan sekadar merehatkan
beliau, malah Kristal turut mengumumkan bakal mencari vokalis baharu.
Pun begitu kata Lan, beliau tidak berdendam dengan kumpulan
yang menaikkan namanya itu.ia juga berterima kasih kepada peminat yang memberi
spkongan selma ini.
Enggan memanjangkan lagi isu terbabit selepas ini, Lan
berkata, apa yang disuarakannya adalah muktamad.
Mengakui akan meneruskan projek solonya selepas ini, Lan
memutuskan untuk membawa jenamanya sendiri.
“Sebenarnya saya ada perancangan sempena 20 tahun
Kristal, tetapi apabila kemelut ini terjadi, semua apa yang saya rancangkan
sudah berakhir.

“Selepas ini saya akan memfokuskan kepada kerjaya seni
saya secara solo,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pekerja Hospital Ditahan Rakaman Diam-Diam Dharmendra Dalam ICU, Keluarga Rayu Hormati Privasi

MUMBAI – Seorang pekerja di Hospital Breach Candy, Mumbai, ditahan selepas didapati

Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

SULAWESI SELATAN, INDONESIA – Dua penyanyi dangdut wanita tempatan dilaporkan maut selepas