Categories: Berita Lain

Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah


GIZZERIA (Itali) – Polis Itali
menyelamatkan seorang wanita Romania yang hidup dalam penderitaan apabila
dikurung serta diseksa selama 10 tahun di sebuah bilik bawah tanah berhampiran
bandar Gizzeria, selatan Itali.
Wanita yang tidak didedahkan namanya
itu dikatakan tiba di Itali ketika berusia 19 tahun untuk menjaga seorang
wanita warga emas, lapor akhbar tempatan, La Repubblica.
Bagaimanapun, sejak kematian jagaannya
itu, anak lelaki warga emas berkenaan mula mendera mangsa yang kemudian dikurung
di beberapa apartmen sebelum dibawa ke bilik bawah tanah itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mangsa dirantai pada katilnya selain
dirogol berkali-kali oleh suspek yang kini berusia 50 tahun sehingga mempunyai
dua anak berusia tiga dan sembilan tahun, kata pihak berkuasa.
Suspek turut memaksa anak lelaki
berusia sembilan tahun itu menyeksa mangsa.
Kejadian itu berjaya dikesan selepas
polis melihat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke sekolah dalam keadaan tidak
terurus sebelum melawat rumah mereka.
Gambar yang didedahkan polis di media
sosial menunjukkan keadaan bilik bawah tanah tempat mangsa dikurung yang
dipenuhi sampah, kotak buruk selain makanan luput tarikh serta roti berkulat.
Selain itu, tempat tidur mangsa juga
hanya dibuat daripada kotak buruk manakala sebuah tong sampah dijadikan tempat
membuang air.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mangsa diseksa setiap hari dengan
ditumbuk selain luka akibat kecederaan daripada tali pancing namun langsung
tidak diberikan sebarang rawatan.

Advertisement
“Lelaki terbabit didakwa atas kesalahan
menganiaya keluarga, perhambaan dan keganasan seksual,” kata polis.




Agensi/myMetro Online

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 day ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

1 day ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

2 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

2 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

3 days ago

Pokok Tumbang Hempap Kenderaan Di Depan Hotel Concorde

KUALA LUMPUR 7 Mei (Bernama) -- Sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa buah kereta akibat… Read More

3 days ago