Connect with us

Berita Lain

28 Remaja Ditahan, Sita Basikal Lajak


MERSING – Polis merampas 28 basikal lajak dan menahan
penunggangnya dalam satu operasi yang dijalankan selama tiga hari di sekitar
bandar Mersing, bermula Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Cyril
Edward Nuing berkata, kesemua basikal yang disita itu tidak mengikut
spesifikasi dibenarkan termasuk tidak mempunyai brek.
Menurutnya, operasi dikenali sebagi Ops Lajak itu menumpukan
kepada remaja yang menunggang basikal yang telah diubahsuai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam operasi ini, kami berjaya menahan 28 remaja berumur
lingkungan 12 hingga 15 tahun dan merampas 28 basikal.
“Basikal-basikal ini tidak memenuhi peraturan yang
sepatutnya seperti tidak memiliki brek dan tayar basikal yang diubahsuai,”
katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing di sini, selepas
Perhimpunan Bulanan IPD Mersing, semalam.
Difahamkan kesemua remaja yang ditahan telah dibebaskan
tanpa syarat selepas kesemua ibu bapa dipanggil ke balai.
Menurut Cyril, kebanyakan ibu bapa langsung tidak mengetahui
aktiviti anak-anak mereka yang dipercayai dilakukan secara sembunyi.
“Dalam operasi ini, kesemua remaja dibawa balik ke IPD
Mersing untuk proses dokumentasi. Ibu bapa mereka dipanggil ke balai untuk
diberi kaunseling dan nasihat.
“28 basikal yang diubahsuai itu akan dilupuskan dan kita
sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan saman terhadap ibu bapa remaja
terbabit,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, anak-anak ini
memberi alasan keluar rumah untuk ke kelas tambahan dan sebagainya, manakala
basikal digunakan adalah basikal yang disorok di rumah rakan mereka.
“Saya ingin menasihati semua ibu bapa yang mempunyai
anak-anak remaja supaya lebih memberi perhatian dan pemantauan.
“Ini demi keselamatan mereka agar tidak terlibat dalam
kemalangan jalan raya walaupun masih tiada kes dilaporkan setakat ini,”
katanya.
Tegasnya, ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab dan
kebajikan anak-anak boleh diambil tindakan dan dituduh di bawah Seksyen 31 Akta
Kanak-kanak 2001.


— Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel