Categories: Berita Lain

Dua Kanak-Kanak Sembunyi Bawah Bas Mahu Cari Ibu Bapa

CHINA – Dua kanak-kanak berusia sekitar lapan tahun sanggup bergadai nyawa dengan menyorok di bawah bas selama tiga jam dari rumah mereka semata-mata untuk bertemu ibu bapa mereka yang jauh bekerja di bandar.

Lapor media China, mereka tinggal di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi manakala ibu bapanya pula jauh bekerja di bandar. 


Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Advertisement

Kanak-kanak terbabit ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan. Bas tersebut dipercayai berhenti di stesen di daerah Xilin selepas perjalanan sejauh 80 kilometer (km).

Kata seorang pekerja stesen bas, “mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa dengan berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu untuk menemui ibu bapa mereka.”



Difahamkan sebelum itu, mereka dikatakan telah melarikan diri dari sekolah sebelum sesi pembelajaran bermula dan mencari ruang di bawah bahagian bas itu sebagai tempat untuk menyorok.


Dua kanak-kanak itu ‘menumpang’  bas yang melakukan perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

Perjalanan yang mereka lalui agak jauh sehingga menyebabkan anggota kanak-kanak tersebut dipenuhi dengan lumpur sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu dengan mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

kata pekerja itu, “sebenarnya ibu bapa mereka bekerja lebih jauh iaitu di Wilayah Guangdong, namun saudara-mara bertindak dengan memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka.”

Namun dianggarkan terdapat sekitar 23 juta kanak-kanak terpaksa ditinggalkan di kawasan pedalaman negara itu, berdasarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hal ini disebabkan ibu bapa masing-masing keluar bekerja di bandar besar seperti Guangdong.

Mereka juga menegaskan bahawa kanak-kanak tidak boleh ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa penjaga dan situasi itu telah menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak dalam kalangan aktivitis dan NGO. Sumber:

– Harian Metro.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago