Categories: Berita Lain

Shuib Umum Undur Diri Dari Sepahtu Sinar, Siti Sarah Pula Masuk Hospital



Shuib Sepahtu atau nama penuhnya Shahmira Muhamad yang juga penyampai radio Sinar FM pagi tadi mengumumkan dua berita mengejutkan untuk peminat-peminatnya melalui perkongsian di Instagram Live.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain berita penguduran dirinya sebagai penyampai radio di steses radio Sinar FM, berita mengenai kesihatan isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang diekjarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah rendah turut mencuri tumpuan para peminat pelawak popular tersebut.

Shuib bagaimanapun memberitahu bahawa keadaan kesihatan isterinya itu semakin stabil selain turut berterima kasih kepada peminatnya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Sarah. Malam tadi, keadaan dia sangat membimbangkan.

“Tapi pagi ini sudah okay… Alhamdulillah, dia sudah stabil. Mujur selamat sempat tiba di hospital. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi.

“Tekanan darahnya turun pada tahap yang membimbangkan,” katanya.

Shuib kemudian turut berkongsi berita bahawa hari ini adalah hari terakhir dia berada di konti Sinar FM sebagai penyampai radio di stesen tersebut.

“Sepatutnya, saya berada di konti pagi ini tapi kena jaga isteri, tak dapatlah (bekerja).

“Selepas dua tahun saya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada dunia seni dan perniagaan. Saya harus buat keputusan ini demi tuntutan kerja dan kekangan masa.

Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Saya memang sayangkan Sinar FM. Menjadi penyampai radio juga satu penghormatan besar buat saya.

“Terima kasih kepada pihak Sinar FM atas bimbingan dan sokongan selama ini. Daripada saya tidak pandai bercakap dan bercoleteh, perlahan demi perlahan saya mula menguasainya.

“Saya harap peminat akan terus menyokong Sinar FM dan teman-teman lain,” katanya yang memulakan tugas di stesen tersebut sejak tahun 2015.





– Berita Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

8 hours ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 day ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

3 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

3 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

3 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

4 days ago