Categories: Berita Lain

UMNO Masih Wadah Politik Terbaik Yang Diidamkan – Annuar Musa


KUALA LUMPUR, 30 Nov — UMNO masih sebuah wadah politik terbaik yang menjadi idaman untuk digunakan bagi mentadbir urus negara ini, walaupun berdepan pelbagai cabaran masa kini  dan pernah mengharungi krisis dalaman,  kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, antara yang mengidamkannya termasuk bekas pemimpin-pemimpin parti itu yang suatu ketika dahulu pernah menikmati wadah politik tersebut, tetapi kini cuba menanam kebencian terhadapnya.
“Saya percaya, dalam hati mereka (bekas pemimpin UMNO) sampai sekarang, (termasuk bekas Presiden UMNO) Tun Dr Mahathir Mohamad, walau apa sahaja yang dia cakap dan puji parti PKR dan DAP, dalam hati kecilnya saya tahu bahawasanya kalau nak menguruskan tadbir negara ini, ‘vehicle’ yang diperlukan adalah UMNO seperti yang dinikmatinya sekian lama.
“Cuma mereka ‘sour grapes’ apabila mereka tidak dapat berada dalam saf menguasai parti UMNO maka mereka keluar dan mereka cuba mencari jalan untuk mempopularkan parti yang mereka tubuhkan dan antara caranya adalah dengan menanam kebencian kepada UMNO, bukan kerana mereka tidak yakin (dengan UMNO),” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM di TV1 hari ini.
Katanya, sejarah UMNO telah membuktikan bahawa parti itu adalah wadah politik yang paling berjaya kerana ia disulami roh dan semangat perjuangan yang tulen, walaupun menghadapi krisis dalaman yang membawa kepada sedikit perpecahan.
Kata Annuar, krisis-krisis yang dihadapi antaranya membawa kepada penubuhan parti politik serpihan seperti Parti Negara, Semangat 46 dan PAS, telah mengukuhkan lagi UMNO hingga jauh ke hadapan berbanding parti-parti politik lain.
“Ada parti-parti ini mahu buat mesyuarat agung dan pemilihan dalam parti pun kelam kabut, tetapi kita UMNO seperti yang dapat dilihat oleh semua, lebih 20,000 cawangan kita menjalankan mesyuarat, 191 bahagian mengadakan mesyuarat seluruh negara dalam keadaan meriah dan suasana untuk perhimpunan agung pula cukup bersemangat,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Justeru katanya, semangat dan roh sebenar UMNO itu perlu diserapkan ke dalam diri setiap anggota parti supaya mereka memahami matlamat kewujudan dan perjuangan sebenar UMNO yang begitu berbeza berbanding dengan parti-parti lain yang wujud kerana kepentingan individu tertentu.
Mengenai Perhimpunan Agung UMNO minggu depan,  Annuar berkata ia akan diselubungi dengan ‘winning mentality’ dan menampilkan kekuatan serta perpaduan anggotanya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung mulai 5 hingga 9 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

22 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

23 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago