Connect with us

Berita Lain

48 Jam 1,500 Tempahan, Rakyat Malaysia Terbeban?


KHAMIS depan, Perodua secara rasminya akan melancarkan model
baharu Myvi yang dijanjikan dengan pelbagai rekaan terkini dan ciri terbaharu
lebih menarik.
Lima varian Myvi generasi ketiga itu bakal ditawarkan pada
harga yang begitu kompetitif di pasaran tempatan, iaitu bermula dari serendah RM44,300
sehingga RM55,300.
Menariknya, kesemua varian ditawarkan dengan ciri standard
seperti lampu depan LED, butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan
(VSC), Kawalan Tarikan (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).
Penawaran bijak ini sekali gus membuatkan Myvi edisi ketiga
pasti antara pilihan kenderaan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana
berbanding model jenama lain untuk segmen sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bahkan paling mengejutkan ramai, model kompak kegemaran
rakyat Malaysia ini turut dikhabarkan laris apabila telah menerima 1,500 unit
tempahan sejak ia dibuka pada 9 November lalu. Wow!
Menurut blog automotif terkenal, Paultan.org, ia merupakan
rekod tempahan tertinggi yang pernah diterima oleh mana-mana model Perodua
sebelum ini, malah lebih tinggi daripada jumlah tempahan model Bezza pada tahun
lalu.
Biarpun keadaan sosio-ekonomi negara pada ketika ini
dikatakan tidak begitu stabil, namun ia ternyata tidak menghalang kemahuan
rakyat Malaysia untuk membelanjakan sejumlah wang bagi membeli kereta baharu.
Jadi secara congak mudah matematik, pada setiap jam
kira-kira 31 unit Myvi baharu telah ditempah oleh bakal pembeli di seluruh
Malaysia atau secara purata sebuah kereta dalam masa dua minit!
Jumlah itu baru memasuki hari kedua, bagaimana pula jumlah
keseluruhan tempahan pada minggu ini? Tidak mustahil rasanya jika ia mencecah
sehingga 6,000 unit.
Jadi di manakah desas-desus puak pembangkang yang mengatakan
pelaksanaan beberapa dasar yang ditetapkan kerajaan hanya membeban dan
menaikkan kos sara hidup rakyat Malaysia?
Memang tidak dinafikan perlaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST), mahupun penetapan kaedah pengapungan harga minyak petrol
sedikit sebanyak memberi impak kepada perbelanjaan harian rakyat.
Namun dua langkah yang ditetapkan ini sebenarnya merupakan
tindakan bijak kerajaan untuk mengurangkan defisit negara, sekali gus
mengelakkan Malaysia daripada terjerumus kemelesetan ekonomi lebih teruk.
Apa yang pasti jika benar rakyat dibebani, sudah pastinya
jualan model Myvi serba baharu ini tidak ‘semeriah’ 1,500 unit dalam masa dua
hari sahaja, betul tak?

– MYNEWSHUB.CC

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel