Connect with us

Berita Lain

Anak Diarah Ibu Jadi ‘Pemberat’ Atas Kereta


MADISON, Amerika Syarikat – Seorang wanita ditahan polis
selepas dia mengikat anaknya di atas bumbung kereta supaya kanak-kanak itu
boleh memegang kolam plastik yang baru dibelinya.
Amber Schmunk memberitahu polis, dia baru membeli sebuah
kolam plastik tetapi ia tidak muat di dalam keretanya.
Wanita itu kemudiannya menyuruh anak lelakinya yang berusia
sembilan tahun naik di atas bumbung kereta dan memegang kolam plastik
berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Orang awam yang terkejut melihat budak lelaki itu di atas
kereta segera menghubungi polis.
Ketika ditahan polis, Amber sudah menurunkan anaknya dan
memandu ke rumah kakaknya.
Apabila disoal, Amber, 28, mengaku dia menyuruh anaknya
duduk di atas bumbung kereta untuk memegang kolam plastik itu.
Katanya, dia berbuat demikian kerana keretanya terlalu kecil
untuk memuatkan kolam plastik berkenaan.
Menurutnya, dia juga mengambil langkah keselamatan dengan
mengikat anaknya dengan tali di atas bumbung kereta.
Bagaimanapun, polis tidak menghiraukan alasan wanita itu dan
menahannya atas tuduhan memandu dengan cuai hingga membahayakan orang lain.

Amber bakal didakwa di mahkamah pada 14 November ini dan
berdepan hukuman penjara serta denda sekiranya didapati bersalah. 




Agensi/my Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel