Connect with us

Berita Lain

‘Anak Saya Mati Akibat Penyakit HIV Dijangkiti Dari Suami Yang Berzina Dengan Perempuan Lain’


ASSALAMUALAIKUM. Saya tertarik dengan cerita kaum wanita
memaafkan suaminya yang pernah terlanjur dengan alasan anak masih kecil dan dia
masih sayangkan suami. Namun persoalan saya, adakah kami yakin dengan keputusan
kamu itu?
Saya tergerak hati untuk berkongsi kisah hidup saya. Mungkin
jalan cerita ini panjang tetapi bacalah sehingga habis kerana saya ingin
berkongsi cerita tentang penyakit HIV.
Nama saya Aina dan mempunyai dua orang anak. Si kakak
berumur enam tahun dan arwah adik lelakinya pula berumur 11 bulan. Saya telah
bercerai dengan suami selepas anak lelaki saya meninggal dunia kerana penyakit
yang bekas suami saya kongsikan kepada kami.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum berpisah, bekas suami saya kantoi berzina dengan
perempuan lain ketika anak lelaki saya baru berumur empat bulan. Saya maafkan
perbuatan suami dengan alasan paling bodoh seperti wanita di luar sana iaitu,
alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami. Suami saya berjanji tidak akan
mengulangi perbuatannya lagi dan saya percaya dengan janji bodohnya itu.
Kehidupan saya selepas itu baik-baik sahaja sehingga anak
lelaki baru masuk usia enam bulan, ujian datang kepada saya. Badan anak
berkudis dan saya menghantarnya ke klinik. Tetapi doktor kata mungkin
disebabkan ruam dan anak menggarunya sehingga menjadi kudis.
Tetapi lama kelamaan kudis itu bernanah dan berbau. Anak
saya mengalami demam panas dan cirit birit yang agak teruk. Saya bawa ke
hospital dan doktor mengesahkan anak saya menghidap penyakit HIV. Hanya Allah
sahaja yang tahu perasaan saya pada masa itu.

Saya juga memeriksa diri saya dan sah saya juga menghidap
penyakit HIV. Doktor memaklumkan, anak saya mendapat penyakit itu dari saya
melalui susu badan yang saya beri. Suami pula menuduh saya berlaku curang dan
mendapati penyakit itu hasil dari kecurangan. Suami juga marah kerana dia juga
turut mendapat penyakit itu. Tetapi Alhamdulillah anak perempuan saya tiada
penyakit itu.
Hari terus berlalu dan akhirnya anak lelaki saya meninggal
dunia ketika dia berusia lapan bulan. Selesai pengebumian arwah anak bongsu saya,
suami menangis-nangis dan meminta ampun kepada arwah anak. Dia kata,
“Maafkan papa. Ini semua salah papa. Kalaulah papa tak berzina, anak papa
akan hidup lama.”
Selepas kami pulang ke rumah, saya bertnaya pada suami
adakah dia berzina lagi dengan perempuan itu. Suami mengaku yang dia masih lagi
berzina dengan perempuan berkenaan dan juga mengaku mendapat penyakit dari
perempuan itu.
Saya pergi ke mahkamah untuk menuntut perceraian dan
akhirnya kami bercerai. Sudah tiga bulan arwah anak lelaki meninggalkan saya
dan bekas suami tak habis-habis mengajak saya berbaik semula dan ingin bersama
saya sehingga dia pergi selama-lamanya.
Saya tidak akan sesekali kembali kepada penyebab kematian
anak saya. Anak perempuan saya diserahkan kepada kakak kerana saya bimbang jika
dia dijangkiti penyakit HIV dari saya nanti.
Andai boleh putarkan masa, saya takkan maafkan bekas suami
dan tinggalkan dia. Mesti anak saya masih hidup pada hari ini. Bekas suami
berzina dengan orang yang sama dan mengaku dia mendapat penyakit itu selepas
dia buat perangai kali kedua.
Maafkan mama wahai anak-anak mama disebabkan alasan bodoh
yang mama masih sayangkan papa dan anak masih kecillah mama kehilangan
anak-anak mama.
Buat kaum wanita, fikirlah masak-masak sebelum menerima
suamimu yang pernah berzina dan jangan gunakan alasan masih sayangkan suami dan
anak masih kecil lagi kalau tidak mahu menerima nasib seperti saya.
Sebelum menerima pasangan anda yang curang itu semula,
buatlah pemeriksaan HIV sekali seminggu. Manlah tahu si suami masih berzina
dengan perempuan lain lagi.
Doakan saya kuat menjalani kehidupan sekarang tanpa
anak-anak di sisi. Assalamualaikum.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel