Connect with us

Berita Lain

Bajet 2018 Lulus, 107 Sokong, Cuma 59 Tolak, 11 Berkecuali


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan bacaan peringkat dasar
Undang-Undang Perbekalan 2018 atau juga disebut Bajet 2018 selepas undian belah
bahagi yang dituntut wakil pembangkang.
Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamad Said memutuskan
undian belah bahagi selepas selesai Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari
Abdul Ghani menggulung perbahasan di peringkat dasar bagi kementeriannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, ketika proses undian, Tan Sri Pandikar Amin
Mulia mempengerusikan persidangan dan kemudian mengumumkan hasil keputusan
pengundian yang menyaksikan pihak kerajaan berjaya memperoleh 107 undi.
Paling memalukan apabila blok pembangkang dikenali sebagai
Pakatan Harapan hanya mendapat 59 undi bagi menolak rang Bajet 2018 tersebut
manakala 11 lagi Ahli Parlimen dari PAS mengambil keputusan untuk berkecuali.
Media tempatan melaporkan bahawa sesi perbahasan peringkat
dasar Bajet 2018 berlangsung ‘panas’ selama enam hari manakala tiga hari
diperuntukkan kepada setiap kementerian untuk menjawab di peringkat dasar pula.
Selepas ini Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lalu, akan dibahaskan di peringkat
Jawatankuasa Parlimen selama sembilan hari mulai esok sehingga 28 November
depan.
Bertemakan ‘Memakmur Ekonomi yang Inklusif, Mengimbangi
Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju
Aspirasi TN50’, Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion.
Ini menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8
bilion yang diperuntukan ketika Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Najib sendiri
pada tahun lalu.

– AGENSI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel