Connect with us

Berita Lain

Bakal Pengantin Hilang Sudah Ditemukan Merayau


KOTA BHARU: Nur Zulaikha Abdul Hamid, 20, bakal pengantin
yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Geting, Tumpat
sejak Jumaat lalu, ditemukan di Jertih, Terengganu, petang ini.
Difahamkan, gadis tersebut merayau seorang diri sebelum
ditemukan orang awam yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Jertih kra-kira
pukul 4.30 petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner
Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, sebaik sahaja menerima maklumat, Nur Zulaikha
dihantar ke balai polis sebelum ahli keluarganya datang dan membawa gadis itu
pulang ke Tumpat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mangsa berada dalam keadaan lemah. Dia seterusnya
dibawa ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya setakat ini
belum pulih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Setakat ini, kehilangan Nur Zulaikha kekal misteri kerana
ahli keluarganya enggan mengulas lanjut kes tersebut.
Kelmarin, gadis itu yang bakal melangsungkan perkahwinan
dengan lelaki pilihannya pada 28 November depan dilaporkan hilang selepas
keluar dari rumahnya untuk ke pasar pagi, Jumaat lalu.
Ketika hilang, dia hanya tinggal sehelai sepinggang termasuk
tidak membawa telefon bimbit bersamanya.

– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel