Bellew Bayar Pampasan Empat Bulan Kepada MAB

0
38
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB), Peter Bellew – Foto: FMT



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia
Airlines Bhd (MAB), Peter Bellew perlu membayar pampasan bersamaan empat bulan
gaji kepada syarikat penerbangan itu berikutan kegagalan beliau mematuhi syarat
notis peletakan jawatan.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata,
Bellew gagal mematuhi syarat serahan notis bertempoh enam bulan mengikut perjanjian
pelantikan, sebaliknya bekas peneraju MAB itu menyerahkan notis bertempoh hanya
dua bulan bagi peletakan jawatan CEO baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Notis kontrak MAS untuk CEO ini adalah selama tiga tahun,
dan dalam kontrak tersebut, kedua-dua belah pihak boleh memberikan notis
bertempoh enam bulan kepada satu sama lain.

“Dalam kes CEO MAS (Bellew), beliau telah meletakkan jawatan
dan memberikan notis kurang empat bulan (berbanding notis bertempoh enam bulan
sebelum meletakkan jawatan). Jadi, kita terima (notis tersebut) dan beliau
(Bellew) perlu bayar (pampasan) kepada kita (bersamaan) bagi empat bulan
(gaji),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan
2018 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Bagaimanapun, Johari tidak menjelaskan jumlah pampasan yang
perlu dibayar oleh Bellew kepada syarikat penerbangan tersebut.

Bellew menyerahkan notis peletakan jawatan sebagai CEO MAS
pada Oktober lepas dan Kapten Izham Ismail, yang merupakan Ketua Pegawai
Operasi MAB, akan menggantikan beliau berkuat kuasa 1 Disember 2017. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here