Connect with us

Berita Lain

Benda Tu Selalu Temankan Adik Tidur


Kanak-kanak perempuan berusia lima atau enam tahun ini kerap
ditinggalkan seorang diri di rumah ketika ibunya keluar bekerja. Pernah
menceritakan kepada ibunya bahawa dia ternampak ‘sesuatu’, namun tidak
diendahkan kerana menyangka anaknya mungkin saja mereka-reka cerita.
Sehinggalah pada pagi hari raya apabila si ibu cuba merakam
gambar anaknya di dalam rumah itu, ternampak satu ‘cahaya putih’ yang tidak
diketahui dari mana datangnya. Menurut ustaz yang melihat gambar itu, katanya
ada ‘benda’ yang ingin berdamping dengan kanak-kanak berkenaan.
MY SISTER AND HER ‘FRIEND’
Sambil-sambil tengok detik jam 12 malam ini, nak kongsi
cerita sikit. Hahaha!. So saya dengan adik saya hidup terpisah sejak dari
kecil. Ibu bapa kami bercerai semasa adik berumur dua tahun. Adik duduk dengan
Umi, manakala saya, abang dan kakak duduk dengan abah. So adik memang membesar
seorang-seorang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Umi bekerja dan tidak mampu hantar adik pergi nursery. Saya
ikut abah duduk di Selangor dan Umi di Kuantan. Kami jarang berjumpa. Setiap
kali Umi bekerja, Umi tinggalkan adik seorang diri di rumah, dari dia kecil
lagi. Umi hidup berpindah randah, kadang-kadang menumpang di rumah orang. Ada
duit sikit, Umi sewa bilik. Bila dah mampu, Umi sewa rumah.
Satu hari, Umi pindah masuk ke rumah baru, rumah setingkat
tetapi cukup besar untuk dua orang duduk. Adik selalu kena tinggal keseorangan
di rumah itu. Rumah itu ada tiga buah bilik dan ada ruang dining yang besar
gile.
Dulu Umi pernah sewakan salah satu bilik dalam rumah itu
kepada dua orang perempuan. Selalunya mereka yang akan menjaga adik semasa Umi
bekerja. Mereka baik tetapi tak menyewa lama. Selepas mereka berpindah, adik
kembali duduk di rumah itu seorang diri.
Adik pernah cerita yang dia selalu nampak ada benda putih
terbang melepasi dinding. Tetapi seperti biasa, dia budak mana ada orang nak
percaya? Umi dulu kadang-kadang syif malam, jadi adik selalu tidur seorang diri
di rumah. Adik kata benda itu yang selalu menemani dia tidur, selalu ada di
tepi katil dia. Bila terjaga di tengah malam pun, benda itu masih ada. Bila
adik cerita pada Umi, Umi gelak.
Rumah Umi ini tak banyak perabot. Di ruang tamu cuma ada
sofa, rak televisyen dan satu pasu di sebelah rak televisyen. Pasu itu ada
sejak Umi dengan abah lagi. Kira dah lamalah.
Setiap kali saya balik ke rumah Umi, kami akan tidur di
bilik depan, kira master bedroomlah. Dan setiap kali subuh, Umi akan kejutkan
seorang-seorang dan kami akan solat di bilik belakang sekali. Untuk pergi ke
bilik belakang, perlu melepasi ruang tamu dan dining room itu. Dining room itu
memang luas jika dibandingkan dengan ruang tamu.
Selalu Subuh itu memang Umi tak buka lampu, maka jalan
sajalah dalam keadaan gelap ke bilik belakang. Dan setiap kali saya lalu ruang
tamu, saya selalu rasa ada sesuatu. Kadang-kadang terperasan seperti ada orang
yang sedang solat. Tetapi masuk bilik, tengok semua orang sedang tidur.


Kadang-kadang macam terdengar bunyi di dapur. Tetapi saya
biarkan saja sebab mungkin perasaan saya saja agaknya. Hahaha! Seram juga tetap
acah-acah berani. Tetapi memang kerap sangat dah rasa. Namun kami semua buat
tak kisah saja.
So bermulalah masa raya tahun bila tak ingat. Umi raya
berdua saja dengan adik. Masa itu adik berumur lima atau enam tahun. Gambar ini
dirakam pada masa pagi raya. Gambar ini adalah gambar ketiga yang Umi snap.
Mula-mula Umi snap gambar ini, dah ada cahaya putih itu.
Jadi Umi buang dan ambil sekali lagi dengan posisi yang lain. Tetapi cahaya
putih itu masih kelihatan membuatkan Umi berasa pelik. Umi pun tutup langsir
dan memang tak ada cahaya matahari pun. Kali ketiga snap, inilah gambar yang
dirakam dan cahaya itu tetap berada di situ walaupun posisi merakam itu sudah
berubah. Jadi, Umi biarkan sajalah.
Selepas itu, Umi balik ke kampung. Biasalah raya kan,
kemudian sampai Umi pun tunjuklah gambar itu kepada orang dan kebetulan pula
ada seorang ustaz berada di rumah tok. Ustaz itu kata dia rasa lain macam
gambar itu. Rupanya cahaya itu adalah ‘benda’ itu.
Ustaz cakap ada ‘benda’ nak berkawan dengan adik. Rupanya
benda itu selalu menemani adik setiap kali adik seorang diri di rumah. Dan
paling seram rupanya ‘benda’ itu tinggal di dalam pasu di tepi rak televisyen.
Bayangkan, duduk di ruang tamu dan ‘benda’ itu berada di situ.
Sepanjang Umi duduk di rumah itu, rupanya ‘benda’ itu dah
lama menumpang dalam pasu. Selepas adik dah besar sikit, Umi pindah rumah dan
pasu itu Umi simpan di rumah tok. Tapi tak tahu ‘benda’ itu ada lagi ke tak,
tetapi ‘benda’ itu memang tak kacau orang. Dia cuma temankan adik dan Umi tak
adalah panggil ustaz untuk ‘bersihkan’ sebab ‘benda’ itu tak kacau orang. Maka
Umi pun tak kacau dia.
Tetapi semenjak itu memang rasa seram sikit kalau balik ke
rumah tok. Lagi pula rumah tok dah tak ada orang duduk sekarang. Alhamdulillah
sekarang dah tak ada agaknya. Tetapi beberapa bulan lepas, Umi panggil kawan
yang boleh rasa kehadiran ‘benda’ itu, datang ke rumah baru Umi untuk betulkan
paip bocor. Tetapi dia rasa ‘benda’ lain. Adik duduk seorang diri di tingkat
atas dan rumah tak adalah besar mana. Ada dua bilik di tingkat atas. Satu bilik
adik dan satu lagi bilik barang-barang dan dia kata rasa macam ada ‘benda’ di
bilik adik.

Umi kata kawan dia dah halau ‘benda’ itu. Wallahualam.
Rasanya dah tak ada apa-apa. Cuma itulah, adik menjadi pemalas teruk. Umi kata,
sebab ‘kawan’ selalu ajak dia bermain. Hahaha! Okay, Umi mungkin bergurau
agaknya. Hahaha! Beware kalau korang menjadi pemalas tiba-tiba.
Sampai situ sajalah ceritanya. Sekian. Terima kasih kerana
sudi membaca. Boleh zoom gambar kalau nak tengok pasu itu. By the way, memang
tak seram pun. Tapi saja nak kongsi. Hehehe!
Saya harap pembaca semua faham yang ibu bapa kami tidak
sempurna. Mereka buat silap, ibu saya tak ada pilihan. Dia bekerja di pelabuhan
yang mana adalah bahaya untuk membawa adik saya ke tempat kerjanya. Jadi adik
terpaksa tinggal di rumah. Malah sebelum mereka bercerai pun, saya dan
adik-beradik saya memang sudah biasa kena tinggal.
Mungkin ada yang akan kata ‘apa punya mak lah tinggalkan
anak’ atau apa-apa, tetapi kami tak tahu apa yang ibu lalui selepas bercerai
dari segi mental dan fizikal. Tak pernah kerja, tiba-tiba kena bekerja dan
besarkan anak walaupun seorang diri. Pastinya ia satu detik yang sukar.
Tambahan: Sebab ramai sangat yang rasa pelik. Gambar ini
bukan gambar zaman tok kadok, gambar ini dirakam menggunakan telefon bimbit
Nokia. Bukan guna kamera kodak. Tetapi telefon biasa-biasa saja dengan kualiti
yan rendah, sebab itu nampak lama. Gambar ini dirakam sekitar tahun 2009/2010,
tak ingat sangat.

Sumber: Aina Ramly

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel