Connect with us

Berita Lain

Berang Tidak Jumpa Lokasi Penghantaran, Pemandu Lori Mengamuk Langgar Rumah


DUNGUN, 4 Nov ― Seorang lelaki mengamuk dengan merempuh
rumah dan kereta milik sebuah keluarga dengan lorinya di Rumah Murah Nibong di
sini malam tadi.
Suspek itu, 40 tahun, turut menceroboh dan merosakkan
barangan dalam rumah keluarga itu yang menghadiri kenduri di Kemaman, lapor
BH Online.
Terkejut dengan kejadian 7.30 malam itu, Khairul Anuar
Ghazali, 31, bergegas pulang selepas dimaklumkan oleh jiran di sini.
“Dia turut memecahkan cermin lori dan kereta yang diletak
dalam kawasan rumah,” katanya, yang membuat laporan polis pada 9 malam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami sekeluarga tidak kenal lelaki itu. Saya amat terkejut
apabila mendapati lori saya dan kereta biras turut dirosakkan.”

Ketua polis Dungun berkata pihaknya berjaya menahan suspek
lelaki, yang positif ganja, dan sedang menyiasat motif lelaki itu.
Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata suspek, seorang penghantar
kelapa dari Kuantan, gagal mencari lokasi penghantaran.
“Mungkin berang tidak menemui lokasi sepatutnya, suspek yang
berada di bawah pengaruh dadah mengamuk di rumah mangsa,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek ada beberapa rekod berkaitan
dadah. Kes terbaru disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel