Connect with us

Berita Lain

BERSATU Akur Tidak Guna Nama ARMADA

Berdepan amaran diharamkan, BERSATU akhirnya akur terhadap
amaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk tidak menggunakan nama ARMADA
untuk sayap pemudanya.

“Oleh kerana pindaan perlembagaan PPBM (BERSATU) masih dalam
pertimbangan pihak ROS, PPBM akur bahawa nama Pemuda PPBM yang termaktub dalam
perlembagaan parti hendaklah digunapakai buat masa ini.
“Arahan telah dikeluarkan kepada pimpinan dan ahli parti di
setiap peringkat supaya menggunakan nama Pemuda PPBM sehingga pindaan
perlembagaan parti diluluskan oleh pihak ROS,” kata Setiausaha Agung BERSATU
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

ROS pada 9 November lalu memberi amaran BERSATU boleh
diharamkan jika terus menggunakan nama ARMADA, daripada singkatan Angkatan
Bersatu Anak Muda, untuk pergerakan pemudanya.
Jabatan itu juga berkata istilah ARMADA untuk jawatankuasa
Pemuda BERSATU tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan parti serpihan Umno
itu.
Dalam kenyataan hari ini, Shahruddin berkata nama ARMADA
sebelum ini digunakan untuk lebih menarik untuk golongan muda.
Ia sebahagian daripada perlembagaan parti dalam mesyuarat
agung khas pada 2 November lalu.
Beliau juga menjelaskan telah memberikan penjelasan kepada
ROS berhubung beberapa aduan terhadap parti.
“Saya sendiri telah hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya
pada 14 November 2017 untuk memberi keterangan kepada pegawai ROS dalam
membantu siasatan berhubung aduan-aduan ini,” katanya.
“Saya juga telah mendapatkan nasihat pakar undang-undang
mengenai aduan-aduan tersebut dan percaya tiada pelanggaran terhadap
perlembagaan parti dan undang-undang telah dibuat oleh PPBM dalam perjalanan
pengurusan dan pentadbiran parti seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.”
Sementara itu, Shahruddin juga berkata mereka telah memohon
lanjutan masa ke tahun depan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan
memandangkan BERSATU masih dalam proses menubuhkan cawangan di seluruh negara.
Penangguhan itu, katanya, telah diputuskan dalam mesyuarat
Majlis Pimpinan Tertinggi pada 26 Julai lalu.
“Menurut perlembagaan PPBM, perwakilan yang menghadiri
persidangan di peringkat bahagian mestilah terdiri daripada wakil-wakil
cawangan dalam bahagian tersebut.
“Justeru, berdasarkan Perlembagaan PPBM, persidangan
pahagian tidak boleh diadakan sehinggalah penubuhan cawangan-cawangan
disempurnakan dan didaftarkan dengan ROS,” katanya.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel