Connect with us

Berita Lain

Bersatu Bergolak Petanda Baik Untuk Umno, Kata Nazri

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz – Foto: The Malay Mail



LUBUK MERBAU – Pergolakan dalam Bersatu merupakan satu
petanda baik untuk mengembalikan semula ahli Umno yang telah berpaling tadah.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz berkata, perpecahan yang berlaku baik di peringkat negeri mahupun
kepimpinan tertinggi Bersatu itu membuktikan, matlamat mereka selama ini bukan
didasari perjuangan yang tulen.
Menurutnya, tidak seperti penubuhan Umno suatu ketika
dahulu, Bersatu tertubuh atas rasa kekecewaan dan kemarahan ahli bertujuan
untuk mengurangkan sokongan rakyat kepada parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika penubuhannya tidak ikhlas, bagaimana nak berjaya,
jadi eloklah hancur terus agar mereka dapat kembali semula kepada parti asal.
Ibarat kata pepatah, jika sesat, pulanglah ke pangkal jalan.
“Saya yakin, ahli Umno sedia ada tidak berdepan masalah
dan dengan tangan terbuka akan terima.
“Bagi saya, jika mereka nak jumpa dan nyatakan ingin
kembali, saya terima dan sedia lupakan semua (sengketa),” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan program Touch Point Cabinet Away Day 2017
peringkat Parlimen Padang Rengas, di sini hari ini.
Beliau mengulas kedudukan semasa Bersatu khususnya di Perak
yang menyaksikan pembubaran beberapa bahagian dan keputusan ahli itu keluar
parti.
Malah diperingkat Pusat, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
pertama parti itu masih belum dapat diadakan sehingga kini.
Mohamed Nazri berkata, perpecahan yang berlaku dalam parti
Melayu hanya akan menimbulkan persoalan pihak lain bahawa Melayu tidak lagi
kuat.
Katanya, contoh paling hampir apabila ada pihak
mempertikaikan pemakaian tudung bagi pekerja wanita yang bekerja di kaunter
hadapan hotel.
“Perkara yang biasa bagi kita tetapi mula dipersoalkan,
jika kita semua bersatu, nampaklah kita kuat, tapi banyak yang berpecah, itu
yang nampak kita lemah. Kata Melayu, bila pokok dah tumbang, kura-kura pun
boleh panjat,” katanya.

– Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel