Connect with us

Berita Lain

‘Bodoh Punya Kerja!’


KUALA LUMPUR: Berang dengan pembangkang yang tidak putus-putus mendakwa
kerjasama Malaysia dan China adalah bagi menjual kedaulatan negara, Datuk Seri
Najib Razak menyifatkannya sebagai ‘tindakan orang bodoh yang cuba
memperbodohkan rakyat’.
Malah, Perdana Menteri menggunakan perkataan agak kasar dalam meluahkan
kemarahannya terhadap tuduhan itu dan menegaskan segala dakwaan adalah tidak
logik, mengarut serta menipu rakyat.

Katanya, hubungan Malaysia dan China di bawah pentadbirannya tidak akan
sesekali menjejaskan kedaulatan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bodoh punya kerja! Saya taklah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia.
Ini tanah air kita yang berdaulat,” katanya berucap merasmikan Perhimpunan
Agung Tahunan MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan pakatan pembangkang
kononnya menerusi hubungan baik dengan China, Malaysia menjual kedaulatan
melalui pembangunan Taman Perindustrian Kuantan di Pahang, Forest City di Johor
dan beberapa projek lain bersama negara kuasa besar itu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pembangkang
mendesak perjanjian itu dikaji semula kerana kononnya boleh menjejaskan
kedaulatan negara.

Katanya, dakwaan itu tidak logik dan jelas usaha mengelirukan rakyat.

“Mereka kata Taman Perindustrian Kuantan orang Malaysia tidak boleh
masuk (berniaga). Bodoh! Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak
boleh masuk?

“Pergi ke Forest City cerita macam-macam. Itu semua tanah tebus
gunalah, bukan tanah Johor.

“Tanah tebus guna sebahagiannya dijual kepada pihak luar negara,
manakala sebahagian lagi kepada orang tempatan.

“Anda fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh
berfikir sendiri?” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan
kepemimpinan parti komponen BN itu.

Najib menegaskan, kedaulatan negara tidak terjejas berikutan keputusan kerajaan
mengadakan hubungan ekonomi dan pelaburan dengan China.

Katanya, kerajaan mempunyai pelan yang memberi kekuatan terhadap ekonomi
negara seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat.

– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel