Connect with us

Berita Lain

Curi, Jual Barang Kemas Ibu Demi Sara ‘Boyfriend’


SEORANG pelajar didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret
Melaka semalam selepas disabit kesalahan curi dan jual barang kemas ibu
angkatnya bernilai RM 5,305 demi sara teman lelaki.
Memetik sumber, tertuduh yang berumur 20 tahun itu mengaku
bersalah atas ketiga-tiga tuduhan iaitu membantu menyembunyikan barang-barang
curi sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.
Bagi pertuduhan berkenaan, Nurul Aqilah Abdullah didakwa
melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.
Ia melibatkan kesalahan menjual dua utas rantai leher
masing-masing berharga RM605 dan RM3,450 serta seutas gelang bernilai RM1,250
di mana kesemuanya berjumlah RM5,305 milik ibu angkatnya, Zalina Ramli.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tertuduh mengaku melakukan semua kesalahan itu di Tajung
Jewellers Enterprise pada 4, 8 dan 10 April antara jam 9 pagi dan 5 petang
sekitar tahun ini.
Berdasarkan fakta kes, pada 24 Jun lalu, ibu angkat tertuduh
menyedari beg barang kemas yang disimpan dalam laci telah hilang sekali gus
menyebabkan wanita itu bertanya kepada anaknya.
Aqilah mengaku telah mencuri dan menjual barang tersebut di
sebuah kedai emas bagi tujuan menyara kehidupan diri dan teman lelakinya.
Susulan kejadian itu, wanita berusia 40 tahun itu segera
melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Tertuduh dan teman lelakinya, Muhammad Aidil Japri berjaya
ditangkap oleh polis di rumah pangsa Seri Kubu, Jalan Kampung 4 pada 8
September lepas.
Sumber berkata, Aqilah kemudiannya membawa pihak berkuasa ke
sebuah kedai barang kemas di mana lokasi tertuduh menjual barang kemas milik
Zalina.
Setibanya di lokasi, pemilik kedai berkenaan iaitu Kang Hok
Eng kemudiannya menyerahkan 9 salinan resit jualan dan memaklumkan bahawa
barang itu telah dicairkan dan dijual.
Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim mohon hukuman setimpal
dikenakan kepada Aqilah sebagai langkah pencegahan dengan alasan tertuduh sudah
berulang kali melakukan kesalahan tersebut.
Namun, Aqilah merayu agar hukuman diringankan dan dibenarkan
hakim yang menetapkan hukuman denda sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan
atau penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Sementara itu dalam satu perbicaraan yang berasingan,
tertuduh dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di bawah
seksyen yang sama atas kesalahan menyembunyikan barangan curi di hadapan
Majistret Muhammad Firdaus Saleh.
Tertuduh bagaimanapun mohon dibicara terhadap tuduhan
membantu menyembunyikan barangan curi dengan cara menjual di mana kesemuanya
berjumlah RM8,798.
Aqilah didakwa melakukan kesalahan berkenaan di lokasi yang
sama di antara jam 9 pagi pada 16 Mac dan jam 7 petang pada 25 Mac tahun yang
sama.
Majistret Muhammad Firdaus kemudiannya membenarkan bayaran
jamin sebanyak RM8,000 untuk kesemua pertuduhan dan menetapkan 7 Disember depan
sebagai sebutan semula kes.
Setakat ini difahamkan, kedua-dua denda dan ikat jamin tidak
dibayar.
– mynewshub.cc

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel