Connect with us

Berita Lain

Datuk Seri Pukul RELA Ditahan Semula Berkaitan Kes Dadah


Selepas dibebaskan setelah membayar wang jaminan bagi
pertuduhan kes menyerang dan mencederakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia
(RELA) hari ini, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ kemudian
ditahan polis berhubung kes dadah.
Liow Soon Hee, 29, ditahan semula oleh sepasukan polis
narkotik dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, (IPD) di Mahkamah Sesyen Ampang
sejurus membayar wang jaminan berjumlah RM17,000 bagi empat pertuduhan
menyebabkan kecederaan parah, menyerang dan mencederakan tiga anggota RELA
iaitu Lee Weng Poh, 27, Melvin Cheong Mun Khai, 21, dan Leong Jun Jie, 21.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selepas ditahan, Liow dibawa menaiki kenderaan MPV polis dan
meninggalkan kompleks mahkamah pada 5 petang untuk dibawa ke IPD Dang Wangi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad
ketika dihubungi mengesahkan penahanan semula Liow.
“Dia merupakan individu yang dikehendaki polis berhubung
satu kes jenayah lampau dadah,” katanya.
Terdahulu, Liow mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen
itu bagi empat pertuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di perkarangan
Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini pada 6.30 pagi,
27 Oktober lepas.


Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, tiga anggota Rela iaitu Melvin,
Lee dan Leong, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut
selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.
Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hanya kerana mereka
meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang
diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel