Connect with us

Berita Lain

“Dia Tenang Tatap Wajah Kami Sebelum Pergi Selama-Lamanya”


Kanak-kanak berusia 11 tahun yang menghidap barah otak tahap
empat, Muhammad Hafizzudin Alias, meninggal dunia petang semalam, selepas
mengalami masalah kesukaran bernafas.
Ibunya, Husna Naut, 43, berkata Hafizzudin menghembuskan
nafas terakhir jam 3.55 petang di sisi keluarga di rumahnya dekat Kampung Baru,
dekat Sungai Lalang, di sini semalam.
Katanya, Hafizzudin baru sahaja pulang dari Hospital Sultan
Abdul Halim (HSAH) di sini petang semalam, selepas empat hari dalam rawatan
kerana mengalami demam panas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Petang semalam, dia dibenarkan pulang dari hospital,
bagaimanapun dia mengalami kesukaran untuk bernafas sejak pagi tadi akibat
masalah kahak sehinggalah menghembuskan nafas terakhir.
“Arwah meninggal dalam keadaan tenang. Sebelum menghembuskan
nafas akhirnya, dia sempat menatap wajah kami sekeluarga, seolah-olah
memberitahu yang dia akan pergi buat selamanya,” katanya.
Hafizzudin sebelum ini menyuarakan impian menaiki kereta
mewah BMW berwarna putih, yang kemudiannya dipenuhi oleh Auto Bavaria dengan
membawa murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lalang itu,
bersiar-siar menaiki kereta BMW model i8.
Husna berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah
yang menderita akibat penyakit yang ditanggung sejak berusia tujuh tahun.
Katanya, pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada
semua yang pernah memberi sumbangan untuk meringankan beban bagi menanggung kos
rawatan arwah anaknya itu.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
merealisasikan hasratnya dan mendoakan arwah selama ini,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel