Connect with us

Berita Lain

Dibaham Harimau Depan Pengunjung


PETUGAS wanita di Zoo Kaliningrad, Russia, cedera parah
diterkam harimau Siberia dalam kejadian disaksikan pengunjung dan terselamat
selepas mereka membuat bising serta melontar batu dan objek lain ke arah haiwan
itu.
Menurut Mirror, harimau dinamakan Typhoon itu menyerang
penjaga zoo berkenaan selepas pintu kandangnya terbuka secara tidak sengaja
ketika wanita itu membawa makanan untuk haiwan berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Laporan media Eropah hari ini, tidak menyatakan bila
kejadian itu berlaku, namun ia dipercayai beberapa hari lalu.
Pengunjung yang berada di atas menjerit serta membaling batu
ke arah harimau itu. Beberapa lelaki mengangkat meja dan kerusi dari kafe berhampiran
dan melemparkannya ke arah harimau sebelum haiwan berkenaan melepaskan mangsa.
Petugas zoo wanita itu cedera parah digigit serta dicakar
dan dihantar ke hospital berhampiran.

“Muka petugas zoo itu berdarah. Dia menjerit dan cuba
melawan harimau,” kata seorang saksi.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa menutup sementara zoo
berkenaan untuk siasatan.

– Agensi/HM

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel