Connect with us

Berita Lain

Dr. Mahathir Takutkan Rakyat Sabah Guna ISA, Larang Bincang MA63

NAJIB TUN RAZAK bersama pemimpin-pemimlin Barisan Nasional
(BN) Sabah bersemangat menyahut sokongan daripada ahli PBS sempena Kongres PBS
Ke-32 di sini hari ini. – Foto: Utusan Online

KOTA KINABALU 18 Nov. – Perbincangan mengenai Perjanjian
Malaysia 1963 (MA63) semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri
adalah sesuatu yang sangat sensitif dan dianggap sebagai anti-Persekutuan.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan berkata, pada masa itu larangan dikeluarkan untuk memastikan tiada
perbincangan MA63 dibuat secara terbuka, malah Dr. Mahathir menggunakan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan sesiapa sahaja yang melanggar
larangan itu.

Pairin berkata, berikutan itu, rakyat Sabah menjadi takut
untuk membincangkan isu berkenaan disebabkan tindakan Dr. Mahathir yang
menggunakan ISA.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada masa tersebut tiada tempat dan peluang untuk
membincangkan isu itu secara terbuka dengan Perdana Menteri waktu itu, sebarang
perbincangan MA63 dan dokumen lain berkaitan penubuhan Malaysia dianggap
terlarang.
“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana Dr. Mahathir
tidak pernah mengambil sebarang tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun
menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika berucap dalam Kongres PBS Ke-32 di
sini hari ini.
Kongres berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak. Yang turut hadir. Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Maximus
serta barisan kepimpinan dan ahli PBS.
Menurut Pairin, langkah keras Dr. Mahathir itu tidak pernah
dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ke atas Sabah, malah Najib amat terbuka
untuk mendengar setiap keluhan rakyat jika terdapat sebarang peruntukan dalam
MA63 yang disalahtafsir.
“PBS bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri
sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau bukan sahaja menghapuskan
ISA, malah bersedia mendengar setiap kebimbangan rakyat Sabah.
“Beliau mengumpamakan Malaysia sebagai satu keluarga yang
akan sentiasa ada perselisihan adik beradik, termasuk suami dan isteri yang
menunjukkan kejujuran beliau untuk menangani isu ini secara aman melalui
perundingan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel