Connect with us

Berita Lain

Dua Pemandu Bot Pelancong Cemas Selepas Hanyut Hingga Ke Pulau Jemaja, Indonesia



KUANTAN – Dua pemandu bot pelancong yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari  Kuala Rompin ke Pulau Tioman 8 November lalu,
ditemui selamat selepas hanyut hingga ke Pulau Jemaja, Indonesia, petang tadi.
Amat Mohamad, 50, dan anak saudaranya Mohd Abdul Lattif
Kasim, 20, diselamatkan oleh nelayan selepas ditemui hanyut dalam kawasan
perairan pulau berkenaan kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Rompin, jam 3.45
petang tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim
Zulkarnain  Mohd Omar berkata,
berdasarkan maklumat  waris, bot yang
dinaiki mangsa hanyut selepas kehabisan minyak hingga ke perairan Indonesia
sebelum diselamatkan dan dibawa ke Pulau Jemaja, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, pada kira-kira jam 5.55 petang, pihak Maritim
menghubungi  Badan SAR Nasional Indonesia
(Badarnas) untuk memaklumkan tentang penemuan mangsa dan memohon bantuan
daripada pihak berkuasa negara itu untuk 
mengiringi bot mangsa ke perairan Malaysia.
“Pihak Maritim Malaysia sedang berusaha untuk membawa pulang
mangsa ke Malaysia secepat mungkin dengan bantuan  Wisma Putra,” katanya dalam satu kenyataan,
hari ini.
Beliau berkata, komuniti maritim khususnya mereka yang
melakukan aktiviti di laut dinasihatkan supaya sentiasa memastikan keadaan bot
lengkap dan selamat untuk mereka turun ke laut terutamanya ketika cuaca buruk.

Selain itu mereka juga dinasihatkan membawa alat perhubungan
serta peralatan kecemasan bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat
dilakukan sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel